Wanita Maut Terkena Tembakan Ketika Bekerja

 



Washington: Polis Texas mendedahkan wanita Indonesia yang ditembak mati, bukanlah individu yang diburu kumpulan bersenjata yang melepaskan tembakan, minggu lalu.


Wanita berusia 25 tahun itu maut selepas 100 das tembakan dilepaskan di sebuah rumah di San Antonio, Texas.


Ketika kejadian, Novita Brazil sedang bekerja di rumahnya sebelum tembakan dilepaskan kira-kira 12.30 tengah malam, 4 Oktober lalu, lapor mysanantonio.com.


Seorang wanita berusia 41 tahun yang turut menginap di rumah sama sebagai tetamu Airbnb juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital menurut Pejabat Syerif Kaunti Bexar.


Setakat ini polis menahan lima remaja yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dan didakwa kerana membunuh.

Post a Comment

0 Comments