ALFATIHAH - Wanita Hamil Maut Bersama Anak & Suami, Kini Tinggal Si Sulung Yatim Piatu



Tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Kuak, Sauk malam tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, isterinya Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib Aidan.

Dua terselamat iaitu seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman, 4 tahun yang mengalami kecederaan ringan serta pemandu Toyota Hilux, lelaki berusia 33 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Nurul Huda iaitu Mohd Helmi Arifin berkata Allahyarham adiknya hamil dengan kandungan mencecah usia lima bulan.
“Mahu atau tidak terpaksa reda walaupun ralat. Perut (arwah) pun dah nampak biarpun jantina kandungannya kami masih belum tahu,” katanya.


Beberapa posting di laman Facebook turut memberi ucapan takziah atas pemergian tiga sekeluarga itu selain mendoakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah


Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kehidupan ini hanya pinjaman Allah untuk kita termasuk orang2 sekeliling kita.

Abang Abdul Hakim, insan kebanggaan keluarga, sentiasa bersama kami susah dan senang, sentiasa jaga kami dalam sakit dan lelah. Tiada ungkapan yang boleh kami gambarkan, abang dah jadi abang yang terbaik untuk kami. Kepergian kalian memberikan kesan yang sangat membekas untuk kami.

Semoga Allah tempatkan abang, kak Nurul Huda Arifin ,serta 1 anak lelaki mere...

See more
 — feeling sad.

Terdahulu, keluarga itu sedang menuju ke arah Gerik dari Kuala Kangsar sebelum pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan mereka.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata, pemandu Toyota Hilux dan kenderaan terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut dimana darah serta urin diambil untuk ujian toksikologi.
Sumber: BERNAMA

Post a Comment

0 Comments