Amaran Sultan Perak ke-32 Pada Permaisurinya Norizan | Bermulalah Cinta P.Ramlee Dengan Permaisuri Norizan

 


Pada awal zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sekitar tahun 1954, beliau dijemput untuk membuat persembahan di Istana Kuala Kangsar Perak yang dihadiri sendiri oleh Sultan Perak yang ke 32 iaitu Sultan Yussuff Izzuddin Shah.


Baginda yang terhibur dengan persembahan P.Ramlee telah menitahkan Yang Teramat Mulia Permaisuri Norizan iaitu permaisuri kedua baginda untuk hadir persembahan malam keesokannya tapi dengan satu amaran.


Amaran itu ialah jika terpandang atau bertentang mata dengan P.Ramlee seseorang wanita itu boleh terjatuh cinta. Ini dikatakan kerana mata P.Ramlee ada magnetik yang boleh membuat para gadis jatuh cinta.


Namun apabila Permaisuri Norizan diperkenalkan kepada P.Ramlee pada malam tersebut benarlah seperti yang diperkatakan pandangan pertama seniman muda itu telah menambat hati dan jiwa permaisuri.

Sultan Yusuff Izzudin sultan ke-32 bersama Norizan


Bermulalah Permaisuri Norizan berkenalan dengan P.Ramlee


Walaupun hubungan cinta jarak jauh di antara Perak dan Singapura hanyalah dipisahkan oleh tembok istana tetapi mereka saling berhubung melalui telefon (Permaisuri memakai telefon istana).


P.Ramlee tidak mahu menonjol kerana beliau menghormati status Norizan sebagai seorang permaisuri sultan, akhirnya sultan mendapat mengesyaki perhubungan mereka berdua apabila bil telefon istana naik mendadak di luar kebiasaan. 


Baginda telah menceraikan Permaisuri Norizan dan bermulalah hidup Norizan daripada seorang permaisuri jadi orang rakyat biasa yang sanggup keluar dari istana untuk mengejar cintanya kepada P.Ramlee. 


Dalam pada itu P.Ramlee telah mengambil keputusan menjauhkan diri dari negeri Perak, sehingga kemangkatan sultan pada tahun 1963, pasangan sejoli tersebut berkahwin 6 Februari 1955 yang ketika itu P.Ramlee berusia 26 tahun manakala Norizan pula berusia 28 tahun. 



Tiga anak bersama Norizan

Rumah tangga mereka berdua bahagia pada awal perkahwinan namun Norizan terasa disisihkan apabila karier P.Ramlee terus melonjak naik, perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun dan berpisah pada tahun 1961.


Norizan kemudian terus meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelakon.


Manakala Seniman Agung P.Ramlee kembali ke rahmatullah pada tahun 1973 dan Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992 pada usia 62 tahun.


Al fatihah untuk keduanya.

Post a Comment

0 Comments