'Hidup Mewah, Melancong Sini Sana, Nidarahayu Agen Mossad Bakal Berdepan Hukuman Mati!

 


Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad.  Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api, tempur serta taktikal lain.


Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di di Kem Rahsia Mossad di Perancis dan beberapa negara Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia. 

Menyamar sbg Private investigator




Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.


Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.


Kebodohan mereka? Mereka tersilap culik. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng. 


Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia.


Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut.


Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia. 


Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh oleh Agen Mossad di Malaysia. 


Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara ini dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis dan beberapa Negara Eropah sebelum direkrut oleh ejen Mossad dipercayai sebelum tahun 2018 lagi. 


Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Pasangan ini juga menerima bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00, yang dikirim dari Eropah, lumayan. 


Senarai tangkapan: Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39.

Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; 


Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.





Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.


#mossadmelayu 

#nirdarahayu 

#IsraelKoyak 

#hamasit









Post a Comment

0 Comments