Ibu Seronok Main 'Flying Fox" Sambil Pegang Anak Disiasat Polis

 


Hulu Selangor: Polis membuka kertas siasatan susulan penularan video menunjukkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, semalam.

"Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 Pindaan 2006," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Justeru, katanya, masyarakat diminta bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular.

"Masyarakat juga diseru untuk tampil membuat aduan ke balai polis berhampiran, sekiranya mempunyai maklumat berhubung isu itu.

"Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya.

Terdahulu, tular di Facebook dan TikTok, video memaparkan seorang wanita bermain aktiviti flying fox sambil memegang anaknya.

Video itu kemudian mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan wanita terbabit didakwa tidak mempedulikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

Post a Comment

0 Comments