Kalau Dah Sampai Tempat Ni, Korang Jangan Lupa Singgah Bergambar Buat Kenangan

 


Ingat filem Madu Tiga, filem ini diterbitkan di Singapura, pada waktu tu Singapura di bawah Persekutuan Malaysia.

Selepas filem Antara Dua Darjat pada tahun 1960, Madu Tiga adalah filem berjaya dapat sambutan selepas itu iaitu pada tahun 1963.

P.Ramlee sendiri memegang watak utama telah mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Kalau korang nak tahu cerita penuh tontonla Madu Tiga arahan P.Ramlee.


Pernah lihat tak P.Ramlee terjun sungai lari dari bini-bini dia




Ni la admin nak ceritakan sebenarnya, tempat ni namanya adalah Sungai Whampoa. Sungai Whampoa terletak di Singapura yang mana tempat itu dijadikan salah satu lokasi dalam Madu Tiga, lokasi ni memang dekat dengan Studio atau Pejabat P.Ramlee dulu masa membikin filem. 

Sungai Whampoa ialah sebuah sungai kecil di Singapura. Ia dinamakan sempena taikun Kantonis Hoo Ah Kay (1816-1880), yang dikenali di Singapura sebagai "Mr Whampoa", sempena tempat kelahirannya di Whampoa dekat Guangzhou, sebagai pengiktirafan kepada sumbangannya kepada Singapura.





Jadi kalau dah sampai Singapura jangan la lupa nak lalu Sungai Whampoa, di situ tempat orang jogging tengah bandar juga.




Post a Comment

0 Comments