'Son Heung Min Tak Professional?'...Son tak pandang kamera langsung masa Jurulatih Ghana Berselfie dengannya - Piala Dunia Qatar

 


Berakhir sudah perlawanan kedua untuk kumpulan H semalam. Nampaknya juara bertahan Portugal mendominasi kumpulan itu diikuti pasukan Ghana, Korea Selatan dan Uruguay.


Portugal terlihat selesa untuk melangkah ke 16 pasukan selepas berjaya menjinakkan Uruguay semalam, dengan keputusan 2-0, kedua-dua gol disumbat oleh Bruno Fernandes.



Namun lain pula cerita satu lagi perlawanan melibatkan Ghana menentang Korea Selatan yang berkesudahan 3-2 dimenangi oleh Ghana.


Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang, kerana posession ball 50-50 cuma nasib tidak menyebelahi Korea selepas Ghana mendahului dengan 2-0, sebelum Korea berjaya menyamakan kedudukan dengan 2-2. Tapi selang enam minit kemudian Ghana berjaya menambah gol ketiga sekaligus membawa tiga mata dan menaikkan semangat mereka untuk menempah tiket ke 16 pasukan. 


Selepas tamat perlawanan barisan kejurulatihan Ghana terlihat sangat teruja untuk bergambar dengan pemain bernilai Korea Selatan ketika ini iaitu Son Heung Min, tetapi dia tidak memberi kerjasama kerana kecewa pasukannya mengalamj kekalahan.




Menjengah ke ruangan komen


"Ghana menang perlawanan ini dan memenangi hati kami, Korea Selatan pula kalah tetapi tetap juga di hati kami, perlawanan yang cukup hebat"


" Saya menonton perlawanan Piala Dunia dari Mogadishu, sekurang2nya empat pasukan benua afrika akan layak peringkat seterusnya"


"Perlawanan beremosi yang terbaik untuk Piala Dunia kali ni"


Sumber: ESPN FC

Post a Comment

0 Comments