Tun M Kini Telah Diperlihatkan Apa Kata Abuya Ashaari Dulu Mungkin Benar Tentang Politik | 15 Pesanan Pengasas Al Arqam Itu Sebelum Meninggal Dunia

 


SIAPA ABUYA SYEIKH IMAM ASHAARI AT TAMIMI?


Imam Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (30 Oktober 1937-13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia.


Beliau dianggap sebagai pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut dari 1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya, beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan menjalankan banyak perniagaan. Al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 kerana fahaman Aurad Muhammadiah Berikutan itu, Abuya Asaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Sekatan Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.


Asaari Muhammad dilahirkan di Kampung Pilin Rembau Negeri Sembilan.. Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya, Lebai Ibrahim yang tidak mempunyai anak. Di Kampung Pilin inilah beliau diperkenalkan dengan wirid Aurad Muhamadiah oleh bapa saudaranya. Di Kampung Pilin juga ada seorang ulama yang dihantar oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi iaitu Kiyai Shahid. Beliaulah yang menjodohkan ayah Asaari dengan ibunya.


Pada tahun 1952 ketika berada di darjah 6, beliau berpindah ke Segambut Kuala Lumpur.


Pada tahun 1954-1958, beliau belajar di Madrasah Hishamuddin Klang. Bapanya bekerja sebagai Kastam di Kuala Klang. Ketika di Pilin, bapanya bertugas sebagai kastam di Lubuk China.


Pada tahun 1956, beliau menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai Udang, Teluk Pulai Klang.


Ketika ini, beliau berkenalan dengan cucu Syeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi yang bernama Muhammad Abdullah Khairillah bin Muhammad. Ketika ini, beliau mendapat banyak maklumat tambahan mengenai wirid Aurad Muhamadiah.


Pada tahun 1958, beliau telah membaca buku karangan Ustaz Taha Suhaimi di Singapurayang mendakwa datuknya bakal menjadi Imam Mahdi.


Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul Islam,Al Alqaid Al Durriyah, Ukbudi Ummu Al Barahin, Aqidah Al Najin, Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).




Perkahwinan & Anak

Abuya berkahwin lima kali tetapi mempunyai empat isteri dalam satu masa.

  • Ustazah Hasnah binti Haji Salim (kahwin 1959, bercerai 1985)
  • Ustazah Tengku Noriah Tengku Abdullah (kahwin 1978)
  • Ustazah Rokiah Mohd Radhi (kahwin 1980 meninggal dunia 2002)
  • Ustazah Khadijah Aam (kahwin 1980) Khadijah Aam
  • Ustazah Noraziah Ibrahim (kahwin 1985)

Abuya mempunyai 37 anak


Kumpulan Rufaqa

Pada 2006, beliau dituduh cuba menghidupkan semula pertubuhan al-Arqam dengan nama baru Kumpulan Rufaqa. Lantaran itu, Rufaqa diserbu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa pemimpinnya telah didakwa.


Beliau meninggal dunia pada 13 Mei 2010 pukul 2.10 petang di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru.


Pernah berperang ekonomi dengan Mahathir

Beberapa konflik berlaku awal tahun 80 an hingga 2000 an ketika mana Abuya ini dirasakan Tun M sebagai perosak politik dan ekonominya, oleh kerana pengaruh muridnya yang ramai Abuya telah didakwa pelbagai macam-macam dakwaan.


Hidup Abuya hidup berjuang. Itulah cita-cita dan hiburannya sejak lama. Di bangku sekolah lagi semangat perjuangan Abuya meluap-luap. Dalam usia 21 tahun dia menyertai PAS. Ingin ditegakkannya Islam di atas gelanggang parti. Namun setelah 10 tahun bergelanggang dalam PAS ternyata Abuya kecewa. Di situ lebih banyak slogan dari tindakan. Banyak cakap dari sikap. Sistem hidup Islam tidak ditegakkan. Sekalipun pada diri, apalagi pada jemaah.

Abuya semakin yakin bahawa politik Barat bukan caranya untuk memperjuangkan Islam. Lalu berpindahlah dia dari satu jemaah ke satu jemaah. Ingin ditanamnya bibit Islam yang telah lama dalam genggamannya. Namun Abuya kecewa lagi. Niatnya tak sampai. Hasratnya belum tertunai.

Penantian itu, akhirnya sampai juga ke noktah penyudah. Pada tahun 1968, Abuya bersama 10 orang rakannya memasang tekad yang bulat untuk menubuhkan sebuah jemaah pengajian ‘tanpa nama’ di pinggir kota Kuala Lumpur. Peringkat awalnya, digelar orang kumpulan ‘Rumah Putih’, kerana rumah tempat pengajian mereka berwarna putih. Tetapi nama itu tidak ada nilai Islamik. Akhirnya dinamakan Darul Arqam, mengambil barakah Al Arqam Ibnu Al Arqam sahabat yang mewakafkan rumahnya untuk penyebaran Islam di peringkat awal.

Tentang Politik Malaysia.
Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi pernah ingatkan. 
Ini di antaranya ;

1. Institusi DiRaja akan (mesti) berperanan.

2. Politik akan hancur.

3. Ahli politik makan gaji buta.

4. Rakyat tiada pilihan.

5. Rakyat pilih orang yang dekat (dihati) dan tolak parti.

6. Anwar Ibrahim takkan jadi PM.

7. Tun M akan melihat kehancuran perjuangan dia.

8. Tun M sendiri runtuhkan apa yang dibinanya.

9. Tun M mesti dijadikan rujukan selaku orang tua dan pernah memimpin Malaysia. Dia banyak pengalaman dan besar pengaruhnya di peringkat antarabangsa.

10. Inteligen negara adalah tulang belakang negara. Siapa pun yang naik merekalah penentu dan membantu.

11. Islam mesti diperjuangkan. 
Kalau perjuangkan bangsa, perpecahan sesama bangsa semakin berlarutan.

12. Orang-orang kaya dan bangsawan negara yang mendapat hidayah pendokong negara. 

13. Orang politik yang makan gaji buta akan hilang dengan sendirinya. Samada malu dengan perbuatannya atau ditolak masyarakat.

14. Pertumpahan darah takkan berlaku.

15. Islam akan naik tetapi tidak melalui politik.

Post a Comment

0 Comments