Gadis 14 Tahun Meninggal "Overdose" Dadah, Sebelum Diro*gol Sebanyak 20 Kali

 


Gadis berusia 14 tahun bernama Annisa atau lebih dikenali sebagai Ica  meninggal dunia di hospital selepas di dapati 'overdose' dadah yang dimasukkan ke badan sebelum dirogol. Kes ini kini telah viral dalam media sosial Indonesia. 


Pelajar SMA Cianjur Jawa Barat itu telah menghadiri sebuah majlis hari jadi kenalan mereka bersama teman lelakinya  bernama Indra Rafanda.  


Setelah pulang daripada majlis tersebut, Ica didapati dalam keadaan kesakitan dan  muntah berterusan. Ibu bapanya menghantarnya ke hospital dan beliau meninggal dunia pada malam itu. 


Menurut saksi, Ica dipaksa meminum alkohol walaupun dia enggan dan menolaknya berkali-kali. Bukan itu sahaja, Ica juga diberi dadah sehingga overdose untuk menjadikannya khayal dan tidak sedarkan diri. 


Ica dirogol oleh teman lelakinya dan lima individu lain sehingga menurut pemeriksaan doktor, Ica mengalami pendarahan di di vagina dan koyakan yang teruk di bahagian tersebut. Lebih sadis Ica dikatakan dirogol sebanyak 20 kali. 



Polis menahan kekasih Ica sebagai suspek utama dan rakan-rakanya atas pertuduhan rogol dan bunuh. Hingga kini perkembangan kes masih tidak diketahui.

Post a Comment

0 Comments