Ali Puteh Dihentam Netizen Ketika Mengenang Pemergian Abam Bocey

 


" Genap tiga tahun pemergianmu.. masa pantas berlalu..berjumpa kita suatu hari nanti" itulah caption yang ditulis oleh Ali Puteh ketika mengenang kembali pemergian abangnya iaitu Abam (Bocey)  pada tahun 2020 lepas. 



Walau bagaimanapun, perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dan mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata berkait dengan harta arwah yang  masih dalam pertikaian antara Ali dan balu abam iaitu (Siti Nurhidayah). 


Netizen mendakwa Ali telah mengambil hak anak saudaranya (Syed Umar Hamzah) yang sepatutnya diberikan kepada Hidayah sebagai ibu kepada Syed Umar Hamzah. 





Netizen juga berasa pelik, jika benar-benar Ali sayangkan abangnya (Abam) kenapa tidak menjaga dan menunaikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh anak saudaranya kerana ia termasuk mengambil hak anak yatim. 


Sebelum ini mahkamah telah mengarahkan Ali Puteh untuk membayar saman RM 60 000 kepada Nurhidayah kerana menyebarkan fitnah.


Kali ini pula, Hidayah mendakwa rumah yang sepatutnya dimiliki dia dan anaknya hasil daripada peninggalan arwah suami tidak boleh diduduki disebabkan Ali Puteh telah mengambil alih rumah tersebut. 



Ali Puteh mendakwa ada sebab mengapa beliau mengambil alih rumah tersebut dan berharap netizen tidak menyebar fitnah sehingga memburukkan keadaan.



Post a Comment

0 Comments