Alfatihah Pelakon Senior Ridzuan Hashim Meninggal Dunia, Tahan Sakit Di Sebalik Wajah Ceria

 


Dunia hiburan tanah air hari ini telah dikejutkan dengan pemergiaan pelakon Ridzuan Hashim, 62, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tengah hari tadi.


Anak kepada Allahyarham Ridzuan, Dhaniyah memaklumkan bapanya meninggal dunia di kediaman sebelum dibawa ke HKL dan memberitahu jenazah bapanya itu masih berada di bilik forensik hospital terbabit untuk proses bedah siasat.


"Arwah bapa disyaki terkena serangan jantung. Kami kini berada di HKL dan masih menunggu arwah selesai proses bedah siasat. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung sebelum ini. Setakat ini saya belum dapat kongsi lebih lanjut. Tunggu ibu akan update di media sosial dari masa ke semasa," katanya.


Sementara itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, selebriti serba boleh iaitu Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd. @ Ali telah meluahkan rasa sayu memberi perkhabaran duka tentang kematian bekas suaminya itu tengah hari tadi.


"Siapa yang ada (urusan) hutang dengan arwah boleh hubungi saya. Nak bagi tahu kepada semua sahabat-sahabat, saudara-mara dan sahabat-handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd. Ridzuan bin Hashim, beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi. Kepada siapa yang ingin melawat jenazah, beliau masih ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Saya akan 'update' di mana beliau akan dikembumikan. Ampunkan dan maafkan beliau," tutur dalam penuh beremosi.




Para artis turut memberi ucapan takziah kepada Didi Alias atas pemergian bekas suami Arwah Redzuan Hashim.

Untuk makluman, Allahyarham Ridzuan yang terkenal dengan gelaran 'King' itu berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan bercerai pada 2002. Hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau dikurniakan 5 orang anak.


Masa Perkahwinan Anak Sulong pada tahun 2015 bernama Niya




Post a Comment

0 Comments