Pembunuh Berantai Berselindung Disebalik Wajah Tenang

 


Ryan atau nama penuhnya Very Idham Henyansyah adalah pembunuh berantai  yang paling terkenal di Indonesia. Berselindung dengan wajah yang tenang, siapa sangka Ryan telah membunuh 11 orang mangsanya yang terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa.


Beliau juga dikenali sebagai pembunuh berantai yang gemar mengerat mangsanya. Ryan melakukan pembunuhan di dua lokasi berbeza iaitu Jombang dan Jakarta.




Jenayah pembunuhan yang dilakukan Ryan terbongkar apabila pihak polis menemukan 7 mayat yang telah dikerat dan dimasukkan ke dalam 2 beg dan satu beg plastik besar di daerah Jakarta. Setelah polis melakukan siasatan, Ryan mengaku telah membunuh 4 lagi mangsa yang ditanam dibelakang rumahnya di daerah Jombang. 




Ryan telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman mati. Permohonan rayuannya telah ditolak oleh mahkamah. Motif pembunuhnya sangat simple, iaitu  sakit hati. Hati-hati dengan orang yang sakit hati. Boleh jadi mereka bertindak di luar kawalan.

Post a Comment

0 Comments