Takkan Nak Pukul Isteri Kalau Tak Nak Pakai Tudung? - Haqiem Rusli

 


Baru-baru ini, menerusi perkongsian video di TikTok, isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil memakai busana berwarna biru gelap itu dilihat hadir ke sebuah majlis dan dilantik sebagai duta sebuah produk kecantikan.


Bagaimanapun, penampilan Anis itu menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan stail rambut kepitnya ini seperti mereka selalu lakukan di rumah. Dalam pada itu, ada meminta supaya Anis mengupah hair stylist sekiranya hadir ke majlis seperti sedemikian. 



Selepas rambut dikritik seperti tidak 'siap', timbul pula video isteri Haqiem itu membuat tarian lagu nyanyian Jisoo Blackpink iaitu 'Flower' untuk mempromosikan produk kecantikan tersebut.


Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wajah Anis selepas tidak bertudung mirip usahawan sensasi, Kak KM. Dalam pada itu, netizen turut menepis kapsyen video tersebut yang mengatakan wajah Anis mirip Jisoo.


Sebagai seorang suami, Haqiem berharap netizen menghentikan kecaman terlampau terhadap isterinya. Beliau mengakui telah menjalankan tugasnya sebagai seorang suami. 


Namun, dia harus bersabar dan perlu menasihati isterinya dengan lebih berhemah. Menurutnya, dia kini ingin memperbetulkan keadaan dan memujuk isterinya kembali berhijab.


Katanya lagi, ' takkan nak pukul isteri , saya sayang isteri saya. Sabarlah, nasihat ada fasa-fasanya. Saya sedang memujuknya untuk kembali bertudung'. 



Kita doakan semoga Haqiem dan Anis dapat mengharungi cabaran dalam berumahtangga.

Kredit:artis malaysia, Mstar 

Post a Comment

0 Comments