Andai Itu Takdirnya Episod 18

 


Sinopsis

.Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga yang sederhana. Dia menyimpan perasaan kepada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya telah menjadikan Syed Aizril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa diduga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal sehingga ditangkap khalwat. 


Syed Aizril tidak boleh terima, dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata kerana hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah, ibu Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan ibu saudaranya, Datin Sri Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas kasihan?


Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sri Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya, Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. 


Dugaan yang melanda dalam hidupnya, menggoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan sudah tidak berguna lagi. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu kah Aleya berpaling lagi?


Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya reda.


Tonton episod 18

Video bawah iklan

Episod 18
Join Telegram Andai Itu Takdirnya




Sumber: Astro Ria

Post a Comment

0 Comments