"Sebelum Ambil Result, Kami Tidur Sana Ramai2..." - Neelofa Peroleh 7A1, Kongsi Kenangan Ambil Keputusan SPM 15 Tahun Lalu

 


"15 tahun lalu ketika di MRSM Langkawi, di sana orang tak pandang straight A tapi berapa A1? Alhamdulillah, ketika itu saya mendapat 7A1. Ingat lagi pada hari ambil keputusan SPM, saya naik flight dari KL ke Langkawi, jumpa kawan-kawan dari luar Kedah dan Langkawi, kemudian kami ambil tempat tinggal sehari sebelum ambil result.


"Walaupun tidur sana ramai-ramai, semua geng-geng straight A, semua orang sana hebat-hebat. Memang pressure," kata selebriti Noor Neelofa yang berkongsi kenangan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi sekitar 15 tahun lalu.


Bercerita kepada ERA FM, Neelofa turut memberitahu, tekanan yang dihadapinya ketika belajar adalah sejauh mana kualiti A yang diperoleh, bukan sekadar jumlah A setiap subjek.


Tambahnya lagi, seandainya bukan bergelar selebriti dan usahawan, isteri kepada PU Riz itu punyai perancangan asal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.


"Kalau saya bukan selebriti, berdasarkan keputusan SPM saya akan jadi akauntan. Saya memang ambil aliran perakaunan, ke A-Level pun aliran sama juga. Memang nak ke arah itu, bila dah habis A-Level buat bisneslah. Buat masa sekarang, tak ada plan nak sambung. Memang tak minat dah nak belajar...," jelasnya.






Begitupun, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, sempat menitipkan pesanan buat pelajar SPM yang mengambil keputusan peperiksaan itu semalam.


"Kita dah lalui macam-macam fasa dalam kehidupan, apa yang penting bukan apa yang tertulis di atas kertas berapa A berapa B, tapi fikiran kita. Bagaimana minda kita selepas itu. Itu yang buat kita berjaya. Selamat maju jaya, ini bukan the end of the world. Banyak lagi benda kita nak lalui di hadapan, yang penting jaga mindset di hadapan.Sentiasa bertumbuh untuk menjadi individu yang lebih baik," ujar Neelofa lagi.





Post a Comment

0 Comments