Seorang Lelaki Hampir Hilang Duit Selepas Di Pukau Dalam Talian





Dalam rakaman video berdurasi 4 minit, seorang lelaki berbaju biru iaitu mangsa pukau dalam talian telah datang ke sebuah kedai yang menjalankan perkhidmatan pengiriman wang. 


Beliau dilihat sedang berbual dengan seseorang di dalam talian sambil menghulurkan duit untuk dimasukkan ke akaun orang lain. 


Namun, gerak-geri mangsa dilihat mencurigakan telah diperhatikan oleh pemilik kedai. Pemilik kedai meminta  nombor akaun dan sekaligus memeriksa telefon bimbit mangsa untuk menyelidik individu yang sedang bercakap dengan mangsa di telefon. 



Didapati, individu tersebut tidak dikenali  oleh mangsa dan hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp. Dalam masa yang sama, seorang lelaki tua kebetulan datang ke kedai tersebut dan menyedari situasi mangsa.


Tanpa berlengah, beliau memberikan bantuan dengan membaca ayat al-quran sambil menepuk-nepuk belakang mangsa untuk menyedarkannya daripada terus di pukau. 




Mangsa kemudian tersedar dan hairan kerana dirinya berada di kedai tersebut. Pemilik kedai menjelaskan yang mangsa telah dipukau oleh orang yang tak dikenali melalui panggilan telefon. 


Mangsa turut menjelaskan dia menerima panggilan selepas menekan sebuah pautan yang dihantar kepadanya. Diharapkan para pembaca berwaspada dengan modus operandi menggunakan ilmu pukau ini. Mereka aktif dalam talian dan dikatakan memiliki  ilmu yang kuat.

Cara Elak Kena Pukau, Selain Sentiasa Berwudhu Amalkan Baca Surah Ringkas Ini


Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa pukau.  Antaranya:


  • Sentiasa berwudhu
  • Berdoa terutama ketika keluar rumah. Bacalah ayat Qursidan Surah Al-Muawwizat ( Surah Al Ikhlas, An Nas dan  Surah Al Falaq)
  • Membaca surah pendinding diri dan hendaklah diamalkan selalu iaitu surah Hud ayat 57, Surah Yasin ayat 9. Surah as Saffat ayat 6 dan surah Yunus ayat 81.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari mara bahaya dan mengelak perkara tak diingini ini dan semoga Allah memelihara kita daripada kejahatan jin dan manusia. 


Sumber video: BangkaPos

Post a Comment

0 Comments