Tentang Hati Dia Episod 17

 


Tentang Hati Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Aliff Aziz, Trisha Ooi dan Nafiz Muaz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 3 Julai 2023 menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta. 

Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman IQIYI.


Episod: 28

Tarikh Tayangan: 3 Julai 2023 

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7.00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQiyi

Penulis Skrip: Farhana Fauri

Pengarah: Amor Rizan

Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd



Sinopsis


Tiara adalah seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda. Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid. Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina. Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?


Tonton Episod 17

Join telegram Tentang Hati Dia 


Episod 18: Tentang Hati Dia

Sumber: IQIYI, TV3 

Post a Comment

0 Comments