Polis Evo 3 2023

 


Inspector Khai becomes desperate after an old grudge returns to haunt him and threatens the public with mysterious bombings.

Language: Malay
Subtitle: English / Malay / Chinese
Classification: 13
General Release Date: 25 May 2023
Genre: Action / Comedy
Running Time: 2 Hours
Distributor: Astro Shaw
Cast: Farali Khan, Shaheizy Sam, Syafiq Kyle, Zizan Razak
Director: Syafiq Yusof
Format: 2D, 2D ATMOS


Polis EVO 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2023 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Bernice Low terbitan bersama Astro Shaw, Skop Productions, TGV Cinemas dan Blackflag. Selaku filem kesinambungan daripada Polis Evo 2 (2018) dan filem ketiga serta terakhir dalam trilogi Polis Evo, ia dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang kembali menjayakan watak masing-masing dalam dua filem terdahulu dengan disertai oleh Sharnaaz ahmad Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi dan Douglas Lim dengan Nora Danish dan Eyka Farhana membuat kemunculan semula. Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru untuk menumpaskan bekas koperal serta teman rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang menjadi ganas, dan kali ini pasukan mereka disertai oleh tiga pegawai polis yang memiliki kepakaran berbeza.


Penggambaran dijalankan dari November 2019 sehingga Januari 2020 di kawasan Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau pinang. Setelah penundaan berikutan pandemik COVID-19, filem ini ditayangkan mulai 25 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Setakat Jun 2023, filem ini memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM50 juta, mengatasi dua filem terdahulunya, dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2023. Gaya lakonan para pelakon serta babak aksi filem menerima ulasan positif daripada para pengkritik, sementara gaya plot keseluruhan filem juga menimbulkan kritikan oleh sesetengah daripada mereka.


Sinopsis

Dalam kesibukan sebagai anggota polis, keluarga Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) sedang melakukan persiapan perkahwinan Sani dengan tunangnya, Khadijah. Di samping itu, Khai pula berkonflik dengan teman wanitanya serta adik Sani, Anis (Nora Danish) kerana masih belum berkahwin sungguhpun sudah lama menjalinkan percintaan berikutan tugasnya sebagai anggota polis.


Filem bermula dengan Khai dan Sani menyamar sebagai agen kongsi gelap di bawah ketuanya, Chao di sebuah kelab malam yang dijadikan markas dalam sebuah operasi, dengan pengakhiran berjaya setelah Chao dapat ditangkap. Mereka berdua kemudiannya dipanggil untuk menyiasat sebuah serangan bom di Pulau Pinang yang menyasarkan seorang anggota polis yang dijadikan tebusan, dan menyebabkan puluhan orang awam terbunuh. Serangan itu didapati didalangi seorang bekas koperal serta rakan sekerja rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang disangka mati membakar dirinya sedekad lalu. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis melancarkan Ops Siong yang menyasarkan suspek berkait, Gaya Annuat, pembekal bom Semtex dalam serangan, untuk memperoleh telefon pakai buang dalam usaha menjejak keberadaan Reza.


Kemudian, Khai secara khususnya, serta Sani, giat memburu Reza yang menyasarkan Khai. Reza, selaku rakan Khai, berubah sikapnya selepas Ops Sabrum 10 tahun lepas, di mana Khai terpaksa mengorbankan Farah, isteri Reza yang dijadikan tebusan untuk menggagalkan ugutan pengganas untuk mengebom bangunan dipenuhi ratusan orang awam sekiranya Farah pula dipilih diselamatkan, sungguhpun ditentang habis-habisan oleh Reza. Selepas kejadian itu, Reza bersembunyi buat sekian waktu, dan merancang dendam untuk memperjuangkan kematian Farah.


Selepas berjaya dijejak dengan telefon pakai buang daripada Ops Siong, Khai bertemu dengan Reza secara peribadi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk berbincang tentang konflik mereka selama ini. Walau bagaimanapun, pertemuan ini terbongkar merupakan taktik untuk memerangkap dan menangkap Reza. Setelah penangkapan dan siasatan lanjut, Reza dibawa ke tahanan, dan sebuah operasi dibuat di Kamunting untuk menjejak bom Semtex 20 kilogram yang diperoleh Reza. Namun begitu, Reza berjaya membebaskan dirinya dalam perjalanan, dan pasukan polis di Kamunting pula terperdaya; tiada bom di situ, dan sebaliknya menemui gambar orang sasaran Reza, terutamanya Anis. Reza yang bebas kemudian menculik Anis di rumahnya dan dijadikan tebusan sebelum memanggil Khai ke Bukit Bintang untuk memulakan balas dendamnya.


Di Bukit Bintang, Khai dikenakan dilema yang serupa dengan apa yang dialami Reza semasa Ops Sabrum: dalam masa lima minit, Khai perlu berkeputusan untuk menyelamatkan Anis yang dipasang ves bom yang direka untuk hanya membunuh Anis, atau orang awam yang diancam bom 20 kilogram yang disembunyikan di stesen MRT berdekatan. Sungguhpun begitu, atas kepakaran pakar pemusnah bom, satu jalan alternatif berjaya ditemui, dan kedua-dua pihak berjaya diselamatkan. Berang dengan kegagalan rancangannya, Reza kemudiannya keluar daripada persembunyiannya lalu melancarkan tembakan rambang dari bangunan Yayasan Selangor di atas Khai. Ini kemudiannya membawa kepada pertempuran antara Reza dengan Khai serta Sani, dan akhirnya, Reza berjaya dimatikan oleh Khai.


Selepas kejadian tersebut, majlis nikah diadakan antara Sani dan Khadijah, dan Khai pula berjaya melamar Anis sejurus selepas itu. Sani berterima kasih kepada Khai atas persahabatannya selama ini, dan mengizinkan berkat kepadanya untuk menjalinkan perkahwinan dengan Anis.


Tonton Polis Evo 3





Selamat Menonton Like, Follow & Share Borak Viral

Post a Comment

0 Comments