"Betulkah Saya Anak Mak?" Suami Menangis Ingin Buat Tes DNA Kerana Keluarga Toksik




Seorang wanita telah meluahkan rasa di media sosial berkenaan suaminya yang berhadapan dengan keluarga toksik. 


"Memandangkan viral kisah family toksik, saya juga ingin berkongsi mertua yang toksik pada anak sendiri. 


Suami anak lelaki sulung dalam keluarga. Selepas ayahnya meninggal, dia menjadi tulang belakang keluarga membesarkan empat adiknya termasuk menanggung persekolahan mereka. 


Tapi kini setelah adik-beradiknya besar dan bergaji  besar , mereka memberi emak mertua duit yang banyak. Sejak itu mertua berubah dan mengetepikan suami dalam semua perkara. 


Suami tak pernah dianggap sebagai anak. Adik-adiknya sering mengetepikannya sedangkan semasa mereka belajar, suamilah yang berkorban mengeluarkan duit. 


Kos adiknya belajar bahasa Jepun cecah RM30 000 sedangkan ketika itu suami hanya bekerja dipasar raya dengan gaji kecil. Tetapi dirinya masih membantu adik-adiknya di dalam pendidikan. Begitulah pengorbanan suami. 


Malah sekarang seolah-olah merekalah terpaling menjaga emak. Siap sindir-sindir lagi seolah suami tak berguna. 


Memandangkan ekonomi hari ini yang sangat mencabar, suami tak mampu beri duit yang banyak pada emaknya. Masih hantar, tapi tak banyak macam dulu. 


Saya pernah saksikan suami menangis. Bahkan suami juga mahu melakukan ujian DNA untuk memastikan adakah dia benar anak kepada ibunya. Saya tak sangka sampai ke situ pemikiran suami, tapi itulah tekanan yang dirasainya. Bolehkah suami menjalani tes DNA sebab dia berasa sedih diketepikan emak dan adik-adiknya?"


Semoga puan dan suami tabah menghadapi ujian ini. Memang ramai rupanya famili toksik ye? Apa kata anda? 


Kredit: MingguanWanita

Post a Comment

0 Comments