Kanak-kanak Enam Tahun Ditemui Mati Di Dalam Mesin Basuh

 


Polis Ipoh telah menerima satu laporan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 16 Oktober pada pukul 11. 44 pagi mengenai satu kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa dari sebuah rumah di kampung Sungai Tapah, Ipoh Perak.


Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang anak lelaki Melayu berusia 6 tahun. Semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut. Pada pukul 9.30 pagi hari kejadian, mangsa telah dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian. Mangsa kemudian telah dihantar ke hospital oleh ambulans dan disahkan telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 11.02 pagi.


Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian mangsa adalah kecederaan dibahagian kepala akibat objek tumpul . Sehubungan dengan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(A), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). 


Sehubungan dengan itu, pihak polis memberi nasihat kepada ibu bapa dan ahli keluarga supaya tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah daripda Kisah Jalanan Dotcom. 


Kredit: Laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh

Post a Comment

0 Comments