"Pinjam Seratus", asal wujud lagu Nur Nilam Sari, penulis luah kesedihan kematian isteri

  


Tidak asing lagi untuk diperkenalkan sebuah lagu bertajuk Nur Nilam Sari yang mana suatu ketika dahulu pernah popular..

Nur Nilam Sari yang membawa maksud Nur “Cahaya” Nilam “sejenis permata berwarna biru” dan sari bermaksud “pati murni, bunga-bungaan”.


Tapi tahukah anda disebalik lirik lagu tersebut, tersimpan maksud dan peristiwa kisah disebaliknya?


Terciptanya lagu NUR NILAM SARI tu sebenarnya adalah dari kesedihan M.Nasir atas kepemergian isteri tercintanya Allahyarhamah Junainah Binti Johari , Sebelum saya teruskan cerita pasal terciptanya lagu ni , Saya nak cerita sedikit , M.nasir dengan isteri pertamanya mempunyai 4 orang anak lelaki dan paling bongsu perempuan.

Isteri M.Nasir teringin mempunyai anak perempuan , Begitu juga dengan Mnasir, Alhamdulillah akhirnya mereka dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Nur Nilam Sari yang dilahirkan pada bulan jun 1998, Tetapi sudah takdir Tuhan, Isteri Mnasir ketika dalam berpantang diserang penyakit lelah yang teruk, Selepas dua bulan melahirkan Nur Nilam Sari, arwah meninggal dunia di HKL pada tahun 1998 ketika berusia 36 tahun.

Sudah pasti M.Nasir merasa begitu sedih dengan kepemergian isteri tercintanya , Apatah lagi isterinya tidak sempat melihat anak bongsu perempuannya itu membesar , Ketika itu sahabat Mnasir iaitu Arwah Loloq juga berkongsi kesedihan bersama , Maka mereka bersama² telah menciptakan sebuah lagu yang bertajuk "Nur Nilam Sari"

Lagu ini diterbitkan pada akhir tahun 1998 yang dibawa oleh kumpulan Search & Awie sebagai vokalis , Orang berseni ni ada cara mereka tersendiri untuk meluahkan perasaan , Salah satunya dengan cara menulis lagu, Sebab itulah lagu² dulu itu berjiwa dan tidak jemu didengar sehingga hari ini. Jauh berbeza dengan kebanyakan lagu² sekarang. Lagu dahulu mempunyai makna yang tersirat , Untuk mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh penulis lagu itu , Kita kenalah gali dan hayati bait² liriknya.
.

Sekarang cuba korang baca betul² lirik lagu Nur Nilam Sari ni dan bandingkan dengan kisah hidup Mnasir . Korang pasti akan temukan jawapan.

"Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekatku maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untuk ku lupakan sengsara

Berapa kerdipan . . .Melaraskan jiwa
Menyusul ke arah asalku

Chorus :

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melarat....

Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya....

Oh! Mungkin kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau
Aku berani... berani aku
Katakan dirimu itu...Dewi kayangan (ulang c/o)

Peperangan yang melanda diriku kini
Sudah berakhir....Oh!Berakhir
Kepahitan dulu, Bertukar menjadi sebuah sejarah...Dan kenangan manis

Al-Fatihah buat isteri M.Nasir & Arwah Loloq
Moga Ruh mereka dirahmati Allah S.W.T
Aamiin Ya Mujib

*Persahabatan akrab Mnasir dengan Arwah Loloq sememangnya melahirkan lagu² berkualiti . Dalam sejarah industri musik tanah air , Saya akui mereka sememangnya adalah yang terbaik dan gandingan yang mantap. The best ever !! Penulis lirik dan pencipta lagu terbaik sepanjang zaman, Begitu juga dengan arwah JS KEVIN. Kalau Allahyarham Tan Sri Pramlee tu memang tak dinafikanlah seniman agung.

Tulisan : Tengku Daeng Mergastua

Post a Comment

0 Comments