Produk terpilih Gardenia yang naik harga


PETALING JAYA: Pengeluar roti utama, Gardenia akan menaikkan harga bagi produk terpilih termasuk Twiggies bermula 1 Oktober ini.


Harga roti putih Original Classic, roti wholemeal dan siri roti Toast'em bagaimanapun akan kekal tidak berubah, katanya.


"Ini bagi memastikan kenaikan harga (ke atas produk terpilih) tidak membebankan pelanggan kami," kata Gardenia kepada FMT.


Syarikat itu juga mengesahkan senarai harga baharu untuk 30 produknya yang kini tersebar di media sosial.


Pada September tahun lalu, Gardenia menaikkan harga roti, spread dan produk lain berikutan kesan inflasi terhadap bahan mentah.


Kenaikan harga barang akan datang akan dilaksanakan di seluruh negara dan ia merupakan kenaikan ketiga sejak 1 Dis, 2021.


Bermula 1 Okt, harga Gardenia Fluffy Buns 280gm akan meningkat kepada RM4.20 (naik 67 sen), Gardenia Puazz! 90gm berharga RM2.60 (naik 52 sen), Gardenia Quickbites 50gm akan meningkat kepada RM1.20 (naik 20 sen) dan Gardenia Double Choc Muffins 70gm berharga RM2.30 (naik 42 sen).


Sementara itu, Gardenia Twiggies 76gm akan meningkat kepada RM2.10 (naik 36 sen), Gardenia Squiggles 50gm berharga RM1.60 (naik 32 sen), Gardenia Sandwich Bread Rolls 240gm berharga RM3 (naik 51 sen), Gardenia Toast'em Waffles 42gm akan meningkat kepada RM1.60 (naik 29 sen) dan Gardenia Auntie Rosie's Kaya 200gm berharga RM3.80 (naik 62 sen).


Ini juga melibatkan Gardenia NuMee 450gm yang akan meningkat kepada RM2 (naik 37 sen) dan Gardenia NuMee Keluarga 900gm yang berharga RM3.20 (naik 64 sen).


Gambar dan senarai roti Gardenia yang naik harga

Naik 52 sen

naik 20 sen

Naik 51 sen

Naik 36 sen

Naik 67 sen

Naik 42 sen

Naik 64 sen

Naik 62 sen

Naik 37 sen

Naik 32 sen

Naik 29 sen




Post a Comment

0 Comments