Orang muda tak faham, isu dalam kelambu pendorong poligami... Kes isteri tak larat, hilang minat layan suami kuat seks pun banyak!

 


SEJAK dua tiga hari ini isu poligami kembali hangat diperkatakan selepas seorang pempengaruh media sosial terkenal bernikah dengan isteri keduanya di Songkhla, Thailand.

Rata-rata kaum Hawa berpendapat poligami lebih menguntungkan lelaki berbanding golongan isteri yang kini terpaksa berkongsi kasih sayang.

Bukan untuk mengeruhkan keadaan, namun seorang individu yang mendakwa sebagai bekas kakitangan di sebuah mahkamah syariah mendedahkan di laman X beberapa faktor yang mendorong kepada poligami dalam rumah tangga.


Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan untuk berpoligami. -Gambar hiasan

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Faisal Rahim, isu di ranjang menjadi antara punca yang mendorong berlakunya poligami.

"Banyak terima permohonan poligami yang kadangkala tak masuk akal tapi ia berlaku, biasanya disebabkan 'isu dalam kelambu'.

"Terutama bagi pasangan yang dah lama berkahwin. Malah jangan terkejut, ada kes yang isteri sendiri carikan madu dan berikan kebenaran berpoligami bagi pihak suami.

"Mengapa? Antaranya sebab suami terlalu 'kuat' hubungan intim dan isteri dah tak mampu layan kerana faktor usia seperti menopaus, sakit dan hilang minat.

"Nampak macam remeh, tapi realitinya berlaku," jelas Faisal.

Tambah Faisal, mereka yang muda kebiasaannya tidak menyedari perkara ini dan melarang poligami secara mentah-mentah.

Isu terbesar dalam poligami adalah kahwin sembunyi yang sangat tak adil untuk isteri pertama.

WARGA MAYA

"Orang muda 20-an dan 30-an biasanya kurang faham apabila bincang topik poligami ini sebab mereka tak nampak sisi yang saya sebutkan tadi. Ia seolah taboo untuk dibincang.

"Penyebab sebenar poligami ini tidak diketahui anak-anak, keluarga dan sesiapa pun melainkan pasangan suami isteri itu sendiri," ujar Faisal.

Faisal seterusnya menyentuh tentang pilihan untuk berpoligami antara pasangan suami isteri.

"Bagi suami isteri yang masih berada dalam perkahwinan, poligami mungkin boleh jadi alternatif yang win-win kepada mereka. Bagi yang tak mampu terima, mereka pilih bercerai.

"Manusia ini dijadikan berbeza-beza daripada segi keperluannya. Kita tak boleh pukul rata semua orang daripada sudut fizikal, naluri, kewangan, kesihatan macam kita.



Warga maya bertukar pandangan.

"Semoga rumah tangga kita semua kekal bahagia dan sama-sama masuk syurga bersama pasangan hidup yang kita cintai dan sayangi," kata Faisal menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat isu poligami ini adalah kompleks untuk dibicarakan secara sambil lewa.

"Bab poligami ini selagi tak kena buku dengan ruas, elok jangan ulas berlebihan terutamanya untuk pasangan yang baru berkahwin kurang daripada 10 tahun.

"Hal dalam kain hanya pasangan itu sendiri yang lebih arif. Ada yang mengalami masalah kesuburan dan masalah kuat atau lemah hubungan intim.

"Biar hakim memutuskan kelayakan poligami iaitu harus, sunat atau haram.

"Saya rasa isu terbesar dalam poligami adalah kahwin sembunyi yang sangat tak adil untuk isteri pertama. Perkara ini memerlukan persetujuan bersama," ujar sebahagian warga maya.


Post a Comment

0 Comments