"Sabeena, Sabeena" !!, bapa hanya mampu jerit nama anak, bayi 7 bulan ditemui rentung selepas terlibat kemalangan

 


SEORANG bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan bangunan BSN, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, awal pagi tadi.


Video penuh klik link di ⬇️ : Video sensitif, budi bicara penonton diperlukan


https://t.me/infoutusantv/1888



Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 4.04 pagi.


Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai serta Sungai Durian telah dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Pegawai Operasi Mohd Fadzil Musa tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Jazz yang telah terbabas dan melanggar tiang lampu.


“Akibat kemalangan, Honda Jazz terbabit telah terbakar,” kata kenyataan itu hari ini.


Jelas kenyataan itu, pemeriksaan mendapati Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril ,28, melecur seluruh badan manakala Nur Hasidah Razmi,25, cedera ringan.


Bagaimanapun seorang bayi yang dikenali sebagai Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat, ditemui rentung berhampiran kereta.


Bayi terbabit telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan kedua-dua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi rawatan lanjut.

Post a Comment

0 Comments