''Tak Bangga Ada Abang Ipar Macam Kau"!!! - Adik Ipar Alif Teega Dedah Identiti Penyondol

 



Influencer dan penulis buku terkenal Alif Teega melakukan pengumuman dirinya sudah pun berpoligami dengan seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya. Sudah pasti berita itu amat mengejutkan ramai terutama isterinya Aisyah, ahli keluarga dan peminat setianya. 


Pelbagai kecaman daripada netizen telah dilemparkan kepada Alif Teega kerana berkahwin kali kedua dalam keadaan Aisyah mengandung anak ketiga. Dalam pada itu, konflik tersebut dihangatkan dengan pendedahan adik iparnya Amirul Adni Rustam yang merupakan adik lelaki kepada Aisyah. 


Menurut Amirul, Alif Teega pernah bertindak kasar dan naik tangan dihadapan anaknya ketika di dalam kereta. Malahan Alif cuba menghapuskan bukti daripada kamera dashcam yang merakam adengan tersebut. 



Lebih mengejutkan, Amirul telah mendedahkan identiti penyondol yang merosakkan keharmonian rumah tangga kakaknya yang merupakan pekerja di syarikat Alif Teega. Hubungan terlarang itu telah berlangsung selama setahun sebelum mereka berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. 




Post a Comment

0 Comments