Kecoh, tunang abang askar persenda gadis Segamat!



Gadis yang bernama Syiera sedang hangat diperkatakan di laman sosial, berikutan beliau meninggalkan komen yang kurang enak dibaca oleh orang ramai. 

Kisahnya bermula daripada sebuah hantaran daripada Segamat Square sempena Sambutan Hari Tentera Darat Malaysia yang ke 91 bertempat di Segamat, Johor.

Gadis tersebut telah membuat hantaran komen berbunyi: 

Sama juga saya tak risau tunang saya sana, tapi saya risau perempuan Segamat sana bukannya dapat tengok je mesti dia tergedik-gedik bagai


Komen tersebut telah dibalas oleh pengguna laman sosial lain katanya:


jaga-jaga kak, bila first time buat kat sana ramai yang keluar rumah


Syiera turut menjawab:


yang keluar rumah majoriti perempuan sana.. takpe kita tengok je dari jauh hahaha, cuma nak bagitau majoriti askar ni banyak dah berpunya tu jer


Kemudian turut di balas:


ye kebanyakan dari Segamat yang keluar hahaha yelah first time jumpa depan-depan. tu yang menggeletis, ye yang join semua milik orang

 





Komen tersebut telah mendapat perhatian khususnya daripada warga Segamat. Ia seakan-akan bermaksud  gadis Segamat mempunyai akhlak yang rendah.  Hal ini telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, ramai netizen  meminta Syiera  memohon maaf. 


Selepas tular, gadis tersebut telah memohon maaf atas kesilapannya kerana tidak berhati-hati ketika memberi komen di laman sosial. Syiera  juga turut memohon kepada netizen supaya tidak melibatkan tunangnya dalam konflik yang tercetus ini. 




Selpas memohon maaf, akaun Syiera di laman sosial telah dipadam. Diharapkan kejadian ini memberi pengajaran kepada semua pengguna media sosial di luar sana supaya dapat meninggalkan komen berhemah.


Kredit: Segamat Square




Post a Comment

0 Comments