Misi Delivery bakal kurangkan sesak bazaar Ramadhan, tiap khemah peniaga akan diTag nombor Misi

 


"Secara jujurnya bagi saya tiap kali bazaar Ramadhan memang dipenuhi ramai orang, kadang-kadang tu nak berjalan pun susah tambah-tambah di hotspot tertentu."


"So jika founder Misi kali ni dapat capai objektifnya, iaitu rider dapat bekerja bagi menyediakan duit raya, kurangkan kesesakan orang atau pengunjung, bagi saya ia amatlah berbaloi."


Begitulah pendapat seorang abang Misi Delivery katanya, sesiapa yang mahu belanja atau membeli di bazaar para rider boleh tolong belikan, di samping tu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan ramai pengunjung yang akan membanjiri bazaar akan datang.


Terdahulu founder Misi Delivery telah buat beberapa kenyataan di laman facebooknya:


Waktu Ramadhan, order delivery akan kurang.. Saya bertanggungjawab untuk pastikan rider2 dapat bekerja bersedia untuk Raya yang perlu guna banyak duit.


Jadi semua pentadbiran kawasan dah sepakat dengan Rider-rider untuk sediakan khidmat delivery di Bazaar.


Team Misi dah sepakat dengan penganjur Bazaar dalam kawasan masing2 untuk jadikan Misi sebagai Delivery Official.


Setiap khemah peniaga akan di TAG dengan nombor Misi dan juga GPS Location untuk Rider cari dengan tepat menggunakan Map.


Sebagai customer, kita boleh order guna Misi..


Semuanya kena order lebih awal sebagai preorder supaya rider dan vendor boleh merancang penyediaan dan penghantaran pada masa yg sesuai.


1. Boleh order campur dari pelbagai gerai
2. Semua makanan harga sama seperti di bazaar
3. Boleh baca review pelanggan setiap gerai
4. Boleh lihat semua makanan bazaar di dlm app
5. Boleh lihat makanan apa yg popular dan viral


On x on? Install lah Misi siap2


Post a Comment

0 Comments