Resepi daging dendeng berapi Khairul Aming step-by-step - Tak sempat beli? Jom masak!!



Pempengaruh media sosial, Khairul Aming tempoh hari telah mencipta  sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat dengan menjual produk terbarunya daging dendeng berapi. 


Namun, masih ramai lagi yang mengeluh kerana tidak berkesempatan untuk membeli produk tersebut. Kepada yang ingin merasa daging dendeng Khairul Aming, apa kata korang cuba buat ikut resepi yang Khairul Aming ajar. Jom masak!


Bahan-bahan

Daging 1 kg

Kicap manis 4 sudu

Serai 4 batang

Halia 2cm

Bawang merah 4 biji

Bawang putih 5 ulas

Cili kering segenggam

Kicap manis 1 cawan kecil

Daun limau purut 3 helai

Garam 1 sudu kecil

Gula 1 sudu makan

Serbuk cukup rasa 1 sudu makan

Air asam jawa 2 sudu makan

Cili padi 6 biji


Cara-cara

  • Rebuskan daging selama 45 minit sehingga empuk. 

  • Kemudian potong daging yang direbus tadi. Tumbuk sehingga daging agak nipis ( tumbuk jangan sampai daging hancur). Air rebusan daging simpan.

  • Selepas itu, gaulkan daging bersama kicap manis sehingga rata dan gorengkan daging sekejap. 

  • Untuk bahan-bahan rempah pula, masukkan serai, halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering (yang sudah direbus dan dibuang biji) ke dalam blender dan kisar sehingga halus. 

  • Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Semasa menumis, tuang sedikit demi sedikit air rebusan daging tadi. Ulang masak 2 hingga 3 kali sehingga rempah betul-betul pecah minyak. *Tips: Pecah minyak bermaksud, apabila minyak  keluar dan mula bertakung di permukaan rempah. 

  • Setelah rempah betul-betul masak barulah masukkan kicap, garam, gula, serbuk cukup rasa, air asam jawa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.

  • Selepas itu, masukkan daging, dan cili padi yang diketuk untuk kurangkan rasa manis.  Gaul sehingga sekata. Kemudian tutup api.

  • Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi impit. Selamat menikmati



VIDEO

Kredit: Khairul Aming

Post a Comment

0 Comments