Hati-hati guys! dua jenis mi segera ini punca kanser limfoma dan leukemia

Hati-hati guys, dua jenis mi segera ini punca kanser limfoma dan leukemia


Dikeluar kenyataan oleh Public Health Malaysia


Sememangnya mi segera sangat digemari oleh orang ramai untuk menjadikan alas perut, tapi sangat tak baik apabila mi segera dimakan terlalu kerap. Tambah-tambah makanan lebih ekonomi dan mudah untuk disediakan.


JAdi kepada pencinta mi segera hati-hati, untuk mengelak terdedah kepada risiko kanser Public Health Malaysia dedah dua jenis mi segera dorong penyakit kanser.


Berikut 10 info berkenaannya anda perlu tahu:


1-Menurut Jabatan Kesihatan Taipei, mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan tersebut.


2-Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera tersebut ialah:


i) Ah Lai White Curry Noodles dari Malaysia.

ii) Indomie Special Chicken Flavour buatan Indonesia.


3-Ia mengandungi etilena oksida iaitu sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.


4-Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, bahan karsinogenik itu juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata.


5-Ia malah berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran dan keturunan.




6-Peruncit di mana sampel mi segera berkenaan diambil telah diarahkan untuk menarik balik jualan kedua-dua produk terbabit.


7-Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.


8-Untuk pengetahuan anda, leukemia ialah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang.




9-Manakala limfoma pula ialah kanser berkaitan dengan sejenis sel iaitu limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi.


10-Kanser limfoma berlaku apabila sel-sel ini mengalami perubahan tingkah laku seperti tumbuh dan berkembang dengan tidak terkawal. Perubahan dinamakan ‘malignant transformation’ itu menyebabkan pengumpulan sel yang luar biasa, pembengkakan kelenjar limfa dan seterusnya merebak kepada organ sekeliling dan tisu otak, usus, tulang, paru-paru serta sum sum tulang. Ia menyebabkan fungsi organ–organ penting terganggu dan kemerosotan tahap kesihatan pesakit yang akhirnya boleh membawa maut jika tidak dirawat dari awal.


Sumber: Public Health Malaysia

Post a Comment

0 Comments