"Mak dah ada orang beli" - Peniaga Bazar Ramadhan terharu, siap hantar gambar dengan mak


Disebalik pelbagai kisah juadah bazar Ramadhan yang dikongsi pengguna di media sosial, terselit sebuah kisah sedih yang dikongsi oleh Nizam Bakeri.


Beliau telah membeli air di sebuah gerai di bazar Ramadhan Putra Heights. Ketika itu, gerai tersebut hendak tutup disebabkan tiada orang sudi membeli air di situ.


"Tak ada orang beli, bang", kata penjual air

Namun Nizam ingin membeli air tersebut yang kelihatan sangat mengiurkan. Gabungan susu segar bersama dengan jam strawberry dan buahan-buahan segar.


Setelah selesai membeli, peniaga turut meminta izin mengambil gambar. Tekaan Nizam, mungkin untuk tujuan marketing di media sosial


Esoknya, Nizam kembali ke gerai dan membeli air yang sama. Peniaga sekali lagi turut menangkap gambar Nizam. Nizam terkejut dan bertanya


"Eh, semalam dah ambik gambar kan?", katanya.


Peniaga menjawab, "saya hantar kat mak saya. Nak bagitau dia ada orang beli."


Luluh hati mendengar jawapan peniaga. Mungkin ada keluarga yang sedang menuggu di rumah dan  berharap barang niaga habis dijual atau mungkin juga memohon doa daripada seorang ibu. 


Walau bagaimanapun, masih ramai lagi peniaga bazar Ramadhan menjual produk makanan yang berkualiti dan bersesuai dengan harga. Semoga sentiasa di murahkan rezeki kepada semua peniaga di laur sana.




Post a Comment

0 Comments