Peristiwa hari ini: Sayyidina Husain RA menerima sepucuk surat dari warga Kufa bagi mengetuai melawan Yazid


Hari ini 1,385 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa yang meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umayyah.


Lepas Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk pemerintahan kerajaan Islam dipegang oleh Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang kemudian mengasaskan Khilafah Umayyah. Bila Muwaiyah meninggal dunia, kepimpinan diwariskan kepada anaknya, Yazid.


Bagaimanapun Yazid tak diterima oleh sebahagian komuniti Islam Kufa yang merasakan anak Ali RA merangkap cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Husain RA adalah lebih layak, lalu mereka merancang pemberontakan terhadap Yazid & mengutus surat kepada Husain RA.


Susulan penerimaan surat itu pada 14 Ramadan 60H, Husain RA berangkat dari Mekah menuju ke kota di selatan Baghdad itu bersama kira-kira 100 orang pengikutnya termasuk ahli keluarga & para sahabat pada 8 Dzulhijjah 60H.


Namun tak diketahui Husain RA bahawa pemberontakan di Kufa telah dipadamkan oleh Yazid. Tatkala rombongan Husain RA tiba dekat Qadisiyyah menghampiri Kufa, mereka disekat oleh sebatalion tentera Yazid pimpinan Hurr ibn Yazid al-Tamimi.


Disebabkan Husain RA enggan menghadap gabenor Kufa yang baharu, Ubayd Allah ibn Ziyad, mereka tak dibenarkan masuk ke Kufa mahupun berpatah balik ke Mekah, memaksa mereka berkampung di Karbala pada 2 Muharam 61H.


Kem Husain RA dikepung tentera Umayyah & akses kepada air di Sungai Euphrates berhampiran disekat dalam usaha mendesak beliau mengiktiraf kuasa Umayyah atau berdepan maut. Enggan tunduk, Husain RA terus bertahan hinggalah ke 9 Muharam.


Rundingan berakhir buntu & Husain RA memilih untuk melawan. Tercetuslah Pertempuran Karbala pada 10 Muharam itu yang menyaksikan gugurnya Husain RA bersama 70 orang saudara & sahabatnya.


Sumber: Britannica, World History, The Islamic Information, New World Encyclopedia, Encyclopaedia Iranica, MET

Post a Comment

0 Comments