Tular Berbuka Makan Kurma+Butter, Ramai Cakap Sedap & Ketagih Jadi Korang Mesti Cuba! Sesuai Buat Sesiapa Tak Minat Kurma

 


Muncul sahaja bulan Ramadan, semestinya buah kurma tidak asing lagi kerana ia merupakan antara makanan Sunnah Nabi Muhammad ketika bulan ini khususnya. Tambahan lagi, ia menjadi santapan untuk sahur dan berbuka.


Pelbagai rasa dan jenama diperkenalkan kepada orang ramai seperti Mabroom Madinah, Yusuf Taiyoob, Kurma Ajwa dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan pilihan.


Datang dengan kekenyalan dan rasa yang berbeza, ada orang yang meminati buah kurma dan ada yang ingin memakannya tetapi mungkin tidak kena dengan selera tekak.


Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan perkenalkan cara untuk makan buah kurma dengan cara berbeza. Perkongsian Elle Izani Ellanie ini tular dan mendapat perhatian apabila ramai ingin mencuba cara yang sama.


Jom ikuti perkongsian ini!

Tular Berbuka Makan Kurma+Butter, Ramai Cakap Sedap & Ketagih Jadi Korang Mesti Cuba! Sesuai Buat Sesiapa Tak Minat Kurma


Cara Penyediaan:

  • Kurma+Butter (Anchor Salted Butter)

Duk lalu lalang kat Facebook pasal makan kurma dengan butter ni. Katanya untuk orang yang tak berapa makan kurma boleh la try. Jadi sahur semalam try la sebiji. Sedap‼️(Anchor Salted Butter)


Berbuka tadi, makan lagi sebiji. Eh macam ketagih la pulak, hahaha. Pun Sedap‼️ Rasa lemak-lemak gitu. Kalau dapat letak Salted Almond Roasted lagi kaw kot rasa. Crunchy2 pulak kan. (Emborg Unsalted).


Jadi, (Anchor Salted Butter) lagi sedap. Sebab ada gabungan lemak-lemak masin manis gitu. Mungkin nanti boleh cuba dengan pure butter-butter lain pula. Tapi make sure pure butter. Buttercup, marjerin tu jangan la lain pulak rasa dia.




Jadi, selamat mencuba dan menikmati! Semoga perkongsian kurma+butter ini bermanfaat buat yang inginkan kelainan rasa pada buah kurma dan yang tidak menggemari kurma. Banyak khasiat buah kurma ni tau. Rugi kalau tak makan.

Sumber: Elle Izani Ellanie

Post a Comment

0 Comments