“Kenapa Rumah Mommy Tak Ada Baba” – Jebat Jayden pelik kenapa ibu bapanya duduk asing-asing

 


Semakin meningkat umur, semakin banyak soalan ‘tajam’ yang ditanyakan Jebat Jayden kepada ibu bapanya.


Terbaru, Jebat bertanyakan Sharnaaz Ahmad mengapa ibu bapanya tinggal berasingan. Soal Jebat lagi, mengapa Sharnaaz mempunyai rumah sendiri dan tidak tinggal di rumah Nabila bersama-samanya.


Kanak-kanak ini meluahkan rasa pelik mengapa ibu bapanya duduk di rumah yang berbeza. Siap tanya kenapa tak ‘sangkut’ je rumah menjadi satu.


Kenapa rumah mommy tak ada baba? Kenapa baba ada rumah sendiri. Baba tak duduk rumah dekat baby ke? Rumah baba sini, rumah baby sini. Kenapa rumah baba tak sangkut dengan rumah mommy together?

 

Menerangkan perkara tersebut, pelakon Polis Evo 3 ini menjelaskan Mommy dan Baba sebenarnya pernah berkahwin dan kemudian berpisah.


Selepas itu, Mommy berkahwin dengan Engku Emran yang dipanggil sebagai ‘ayah’. Kata Sharnaaz, dia tidak pernah berkahwin selepas berpisah dengan ibu Jebat Jayden.




Mendengarkan hal itu, Jebat meminta Sharnaaz supaya berkahwin dengan segera.


Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

Post a Comment

0 Comments