Ruhainies selamba tukar Bio IG lepas menangis minta maaf, adik beradik pun terjebak perli MUSM



Selepas sekian lama mendiamkan diri, pelakon Ruhainies akhirnya muncul di Melodi memohon maaf kepada Bella Astillah di atas apa yang berlaku.


Pelakon ini mahu berdamai dan menamatkan segala sengketa di antara mereka. Dia juga dilihat menangis mengaku kes khalwat dengan Aliff Aziz merupakan detik hitam dalam hidupnya.


Terbaru, Ruhainies secara berani mati menukar bio profile di Instagramnya. Dia menulis ‘NRF’ dan ‘L U S M’ seperti mana perbualan chat tular yang didedahkan Sarah Yasmine.




Selain Ruhainies, adik beradiknya yang lain juga dilihat memuat naik perkongsian di Instagram Story dengan kapsyen perkataan singkatan ‘L U S M’ dan ‘M U S M’.


‘L U S M’ dipercayai merujuk kepada ‘love u so much’ dan ‘M U S M’ merujuk kepada ‘miss u so much’. Singkatan ini digunakan NRF dan Aliff untuk mengungkapkan perasaan kasih kepada satu sama lain.




Di TikTok, netizen turut mempersoalkan tindakan Ruhainies menukar kapsyen ‘mengundang’ kecaman sedemikian.


“Ruhainies, betul ke? Dah fikir masak-masak ke buat bio macam tu? NRF LUSM? Cakap bahasa Melayu boleh tak? Tak fahamlah.” – soal netizen.


Kredit: Oh media

Post a Comment

0 Comments