Teman kongsi ‘perangai sebenar’ suspek kes tembak KLIA, mohon netizen tak buat teori sendiri

 





Seorang teman kepada Hafizul Hawari, suspek kes tembak KLIA meminta orang ramai tidak menjatuhkan hukum dan mencipta teori-teori yang tidak masuk akal tentang tindak tanduk suspek yang didakwa mahu membunuh isterinya sendiri.


Shy Feu Din bercerita di laman Facebook miliknya sendiri dengan menyatakan bahawa dia mengenal suspek sejak dari permulaan beliau membuka perniagaan kereta sewa dan beliau percaya bahawa “Hafiz bukan fighter, apatah lagi gangster.”


“Menceritakan peribadi suspek kes tembak KLIA, temannya ini berkata bahawa suspek adalah seorang yang menyokong perniagaan kawan-kawan dan banyak mencurahkan ilmu tentang perniagaan serta pengurusan.


“Bengkel aku kat gombak, berdekatan ngan rumah Hafiz.Masa aku baru nak bukak bengkel tu, time pindah barang pun aku pinjam ford ranger dia. Aku agak rapat ngan dia sebab kami dekat.


“Dia buat kereta sewa jugak, sama macam aku cuma time tu aku masih bilis dia dah established. Di awal pembukaan, dia selalu datang support bisnes aku dengan hantar kereta-kereta dia datang servis kat situ.




“Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami lepak. Aku banyak jugak belajar market kereta sewa dari dia. Selalu jugak pergi rumah dia.


“Slip gaji untuk staf-staf aku dulu pun dia yang ajarkan macamana nak buat untuk bagi senang bila nak beli sesuatu. Pendek kata, aku banyak jugak terhutang budi pada dia,” katanya.


Selain itu, temannya ini juga berkata bahawa suspek adalah orang yang sangat lemah lembut dan turut mempersoalkan kenapa beliau boleh bertukar secara drastik sehingga sanggup melakukan jenayah yang berat.


“Serius, aku tak tau apa yg menyebabkan dia jadi macam ni sekarang. Dulu dia berjuang cari makan untuk anak isteri. Sekarang dia pula yang nak tamatkan nyawa isteri. Dan orang yang tak bersalah pulak jadi mangsa.


“Kegilaan apakah yang dah berlaku kepada seorang yang dulunya cakap lembut, suka menolong orang dan sayangkan family dia. Semoga kau sedar Piz apa yang kau dah buat ni salah. Aku nak tolong pun kali ni dah tak mampu,berat sangat kes kau ni.”


Di akhir hantaran, beliau berkata bahawa tujuan beliau membuat kenyataan terbabit bukannya mahu mempertahankan suspek, tetapi hanya mahu memberi sudut pandang yang lain kepada netizen mengenai seorang Hafiz yang beliau kenal.


Dia juga meminta agar orang ramai tidak membuat andaian buruk atau mencipta teori sendiri bagi merungkai perbuatan suspek terhadap isterinya.


“Aku tidak sesekali berniat mempertahankan sahabat yang dah pilih jalan yang salah, semoga dia mendapat hukuman yang setimpal. Aku hanya ceritakan Hafiz yang aku kenal dulu bukannya Hafiz yang sekarang.


“Yang lain tu. Janganlah cakap macam semua benda kau tau. Pecah amanah la, bawak lari duit la. Diorang ni laki bini, tak semudah tu nak bercerai dan saman menyaman sampai pasang bodyguard kerana benda duit,” katanya.


Hafizul, 38, diberkas pihak berkuasa di Kota Bharu semalam selepas menjadi buruan kerana melepaskan tembakan ke arah isterinya di KLIA pada awal pagi kelmarin.


Bagaimanapun tembakan tersebut terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita berkenaan.


Pihak polis berkata tangkapan ke atas suspek berkenaan dibuat ketika dia mahu mengambil laporan ujian kesihatan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu.


Katanya lelaki terbabit juga menginap di sebuah hotel berhampiran dengan hospital berkenaan.


Sumber: Vocket

Post a Comment

0 Comments