"Ya memang saya curang, tapi bersebab" - Bella Astillah



BUKIT JELUTONG: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, tidak berselindung berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir dan mengakui mempunyai kesalahan tersendiri.


Bagaimanapun, Bella berkata, tujuan asalnya bersama Muaz semata-mata mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu curang dengan dua wanita.


"Sebenarnya saya mengetahui perkara ini sejak semalam. Rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak, tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?


"Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff.


"Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain.


"Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu," katanya.


Justeru, Bella akui niatnya itu mungkin kurang baik.


Katanya, dia melakukan kesilapan dan hubungan berlaku pada tahun lalu. Ia juga diketahui Aliff dan keluarga dalam masa mahu membuatkan suaminya cemburu..


"Muaz ini baik dan bila rasa tak dihargai dan diperlakukan seperti sampah, hadir seseorang memberi perhatian. Saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan saya pertama saya selama 10 tahun bersama dengan Aliff.


"Bagaimanapun, kami sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya Aliff tapi keluarga di Singapura juga.


"Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang, jadi tiada masalah apa-apa.


"Aliff sudah letak penutup di situ dan katakan masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu, saya nampak Aliff mula hargai saya. Saya pun fikir buat kesalahan dan kena bertaubat.


"Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf," katanya.


Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran drama bersama Ruhainies.


"Bila mula penggambaran dengan Ruhainies, Aliff tukar 'password' telefon bimbit.


"Jadi, mungkin mereka nak tutup kes khalwat dan tiada senjata, mereka gunakan kes saya.


"Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia?


"Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.


"Orang marah cakap saya bodoh, tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga. Saya mahu anak-anak ada ibu bapa yang lengkap, jadi saya berkorban," katanya.


Bella ditemui pada majlis iftar anjuran Ravaka di K-Town Radia Gallery, di sini, petang tadi.


Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan intim dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.


Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.


"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.


Pendedahan dibuat turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.


Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu, selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.


Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.


Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.


Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada awal bulan lalu.


Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments