Aeril Zafril akan fikir anak-anak jika ada bisikan jahat, Wawa sudah cukup sempurna tak terfikir untuk curang

 

Aeril anggap Wawa dah cukup sempurna di matanya

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel menyifatkan isterinya Wawa Zainal sebagai wanita sempurna di matanya.


Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 36, dia bersyukur dikurniakan teman hidup seperti Wawa dan tidak akan sesekali merosakkan kebahagiaan mereka dengan berlaku curang.


Jika terdapat unsur-unsur tidak baik datang kepadanya, Aeril memberitahu dia sentiasa akan membayangkan isteri dan anak-anak mereka sebelum melakukan sesuatu.


Aeril akan sentiasa fikir anak-anak jika ada bisikan jahat

"Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tak pernah ada niat untuk ada ornag ketiga dalam hidup saya.


"Kalau ada ‘bisikan’ tidak baik saya akan ingat pada isteri dan anak-anak.


"Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tak boleh jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?


"Cumanya kalau kita tak melayan, perkara itu tak akan terjadi," katanya.


Aeril menjawab perkara itu ketika ditemui sewaktu majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Wawa Cosmteics HQ, Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Aeril tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang dibina kerana percaya kifarah itu wujud.


Katanya, jika sekali sudah terbabit dalam sesuatu perkara tidak baik, pastinya sukar untuk berpatah balik dan jika ingin menyesal juga sudah tidak berguna.


"Saya percaya kalau kita buat perkara tidak baik seperti curang, pasti ada karma. Ketika itu susah nak patah balik malah kepercayaan isteri juga akan hilang.


Di rumah terbuka Wawa Nostalgia Raya

"Saya tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina. Saya yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia.


"Pada saya jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh kawal," jelasnya.


Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.


Hasil perkahwinan selama 11 tahun mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.


Post a Comment

0 Comments