Agama mengajar kita untuk berbuat baik tidak kira sesama manusia ataupun binatang. Tetapi ada pula individu yang merasakan ia hanya terhad kepada binatang yang halal sementara anjing sebagai contoh dianggap perlu dibiarkan sahaja.
Disyorkan
·
Datuk Vida tenang jawab isu hutang lebih RM1 juta
·
Pempengaruh lelaki dikenali sebagai "mami online"
bertelekung di hadapan Kaabah
·
Kakak dan adik hidup berdua ditemui meninggal dunia dirumah berkunci
Seorang pemilik restoran meluahkan rasa sedih dengan tohmahan
segelintir individu yang tidak suka dia memberi makanan kepada anjing liar
bahkan sedia memboikot restorannya.
“Ok guys ada yang mesej dekat sayalah dan kutuk-kutuk kerana
memberi makan kepada haiwan ini. Ini mahluk Allah, saya sebagai pencinta
haiwan, saya memang tak boleh lari tidak bagi makan kepada mereka,” kongsinya.
Sebagai pecinta haiwan, dia berpendapat semua haiwan perlu
mendapatkan kebajikan yang sama rata. Malah, dia juga menegaskan memang suka
mengambil video kerana memang minatnya
dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang diberikan kepada haiwan
di luar sana.
Selain restoran makanan, dia turut mendedahkan memiliki kedai
yang menjual produk haiwan sekaligus membuatkan jiwanya sentiasa dekat dengan
haiwan secara semula jadi.
Lebih teruk lagi, ada yang sanggup menghantar mesej berbaur
kebencian dan ancam untuk memboikot kepada pemilik restoran berkenaan.
“Janganlah you punya mesej sampai you memburukkan saya, kedai
restoran salai star. You cakap kami akan boikot sebab you bagi makan anjing
yang haram. Tak baiklah macam tu”, luahnya dengan nada yang sedih.
Segalan kecaman yang dilontarkan sedikit sebanyak telah
mengguriskan hati nuraninya yang mana sangat ikhlas membantu haiwan jalanan
termasuklah anjing, monyet, burung atau kucing.
Tidak hanya memberi makan, dia turut sedia merawat
haiwan-haiwan yang mengalami kecederaan sehinggalah sembuh dengan wang titik
peluhnya sendiri.
Malah sebarang lebihan makanan di restoran akan diberikan
kepada haiwan jalanan dan tidak dibuang sewenang-wenangnya kerana dianggap
sebagai satu pembaziran.
Di dalam video, boleh dilihat dia sedang memberi makanan
kepada seekor anjing liar namun tampak jinak mungkin kerana sering kali bertemu
dengan pemilik restoran baik hati itu.
@salaistar Bukan saja2 bagi anjing makan. Dia pun makhluk allah jugak. Perlukan pembelaan. Just bagi makan je. #salaisalailomaklomakbakobako #salaistar #fyp #foryou #joho #anjing #animallover ♬ original sound - SalaiStar
Dia juga menasihati segelintir individu yang berfikiran
negatif untuk membuat refleksi kendiri kerana setiap perbuatan yang baik sudah
semestinya akan diberi ganjaran pahala oleh Sang Pencipta.
Kredit: Vocket
0 Comments