Ini amat memberikan tarikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia. Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan 'syurga makanan'.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai juadah yang berbeza dan mempunyai citarasa
dan keunikan sendiri. Sebab itu tidak hairan jika ada pelancong luar yang gemar
akan makanan Malaysia.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan sebuah keluarga di London
yang menjual nasi kerabu di sana telah meraih perhatian ramai.
Tawarkan
rasa masakan asli Kelantan
Menerusi video dari @christhechindian, kelihatan dia telah menemu bual peniaga yang menjalankan bisnes jualan makanan di Victoria Park, London.
Dapat dilihat kedai makan yang bernama 'Eat Lah' ini beroperasi kecil-kecilan
di kawasan berkenaan. Apa yang menariknya, keluarga itu menjual makanan asli
dari Kelantan iaitu nasi kerabu.
Ditanya mengenai pendapatan yang diraih setahun, peniaga itu menjawab dia boleh
memperoleh $400,000 bersamaan dengan RM2.25 juta.
Difahamkan, lelaki Cina berkenaan adalah kelahiran British yang kemudiannya
berkahwin dengan wanita rakyat Malaysia dari Kelantan.
Dia yang sebelum ini merupakan seorang arkitek memutuskan untuk meneruskan
minatnya dalam bidang masakan. Bisnesnya itu juga mendapat sokongan daripada
isteri dan ahli keluarganya yang lain.
@christhechindian “Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london ♬ original sound - Chris MJ
0 Comments