Peristiwa 18 Tahun Lalu (7 Oktober 2003)

 


Hari ini 18 tahun yang lalu, Arnold Schwarzenegger dilantik menjadi Gabenor California. Lahir di Thal, Austria pada 30 Julai 1947, karier Schwarzenegger bermula sebagai ahli bina badan seusia remaja. Selepas memenangi Mr. Universe pertamanya (menang 4 kali) di usia 20 tahun, beliau berhijrah ke A.S. pada 1968. Kemudian beliau menjuarai Mr. Olympia 7 kali, melakar namanya selaku legenda bina badan sebelum mula muncul di layar perak. Namanya mula mendapat perhatian arus perdana menerusi lakonan dalam filem ‘Stay Hungry’ pada 1976. Selepas filem ‘Conan the Barbarian’ pada 1982, tahun berikutnya beliau membintangi filem termasyhurnya, ‘Terminator’. Walaupun bakat lakonannya disifatkan terhad, Schwarzenegger menjadi antara bintang filem aksi paling menyerlah di era 80-an & 90-an. Tatkala karier lakonannya mula berada di ambang sendu, Schwarzenegger yang merupakan penyokong tegar parti Republikan, menyatakan aspirasinya untuk terlibat dalam politik lalu mengumumkan bertanding kerusi gabenor California. Tanpa pengalaman, Schwarzenegger berkempen selama 11 minggu dengan menjaja janji reformasi & menjual bait-bait dialog daripada filem-filem lakonannya. Bagaimanapun, beliau dihujani kritikan seperti penggunaan steroid & dakwaan salah laku seksual. Begitupun, beliau berjaya menambat hati warga California dengan undi majoriti lebih 1 juta mengatasi pencabarnya Cruz Bustamante dari parti Demokratik, sekali gus menjadikannya Gabenor California yang baharu menggantikan Gray Davis. Memulakan tugasnya pada 17 November tahun itu, Schwarzenegger mentadbir negeri itu selama dua penggal. Pertama tamat pada 3 Januari 2007 sebelum dipilih sekali lagi & menggalas jawatan itu dari 5 Januari 2007 hingga 3 Januari 2011. Tahun yang sama melepaskan penglibatan dalam politik, Schwarzenegger kembali beraksi di depan kamera untuk filem ‘The Expandables 2’. Sumber: History, Wikimedia Commons

Post a Comment

0 Comments