Al Fatihah Kisah Pelakon Dayana Kamal Meninggal Dalam Bulan Ramadhan, Rentung Dalam Kemalangan Tak Ramai Tahu

 




 


Siapa ingat lagi seorang pelakon satu ketika dahulu Dayana Kamal atau nama penuhnya Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman pergi menghadap ilahi dengan keadaan tragis, arwah rentung semasa kebakaran dan berita ini menggemparkan dunia seni hiburan ketika itu. Dayana Kamal sempat melahirkan seorang anak perempuan bernama Dayang Fatihah Amanda yang mana ketika itu anaknya baru berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan vokalis The Times iaitu Nataza Muhammad.


Dayang Fatihah Amanda

Gambar nostalgia


Dayana Kamal





 


 Laporan akhbar 2009

KOTA BAHARU: Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.


 Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria” dan beberapa drama tempatan iaitu “Rumah Itu Duniaku”, “Sumaiyyah”, “Raya Dengan Tok”, “Selamat Tinggal Noni”, “Ayah Kami” dan terbaru siri drama popular “Matahari”.


 Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon. “Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan.


 “Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah.


 Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun. 


Keadaan kereta; punca kemalangan mengelak kucing melintas


Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka.


Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang. “Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu. 


Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana.


 Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.


 “Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya. Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.


“Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain.


Cerita dari pemandu yang terselamat

Hasrat seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher, 25, yang baru tiba di negeri ini untuk merasai kelazatan sup belut tertunai selepas dibawa oleh tiga sahabat barunya ke sebuah gerai tengah malam tadi.


Namun sup itu menjadi menu terakhirnya apabila dia bersama dua lagi rakan termasuk seorang wanita terbunuh selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.


Lebih tragis kemalangan pada pukul 4.15 pagi di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Bunut Payong di sini, turut mengakibatkan ketiga-tiga mereka rentung apabila kereta Proton Persona tersebut terbakar.


Dua rakan mangsa yang terbunuh ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, berasal dari Tanah Merah dan wanita dikenali sebagai Diana (Dayana), 22, dari Ketereh.


Pemandu kereta, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, bagaimanapun terselamat selepas merangkak keluar dari kereta miliknya itu tetapi melecur hampir 18 peratus anggota badannya.


Tengku Ahmad ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini berkata, dia bersama Tengku Shamsu dan Diana baru sahaja mengenali Christopher di sebuah hotel, di sini malam tadi.


‘‘Dia (Christopher) teringin makan sup belut dan oleh itu saya ajak dia keluar tengah malam tadi untuk menikmatinya di sebuah gerai yang masih dibuka.


‘‘Kami berkenalan sebab dia seorang penyelidik dan memerlukan beberapa maklumat daripada saya mengenai penduduk negeri ini,’’ katanya yang bekerja di Jabatan Perangkaan Kelantan.


Tengku Ahmad memberitahu, kemalangan tersebut berpunca daripada tindakannya yang cuba mengelak seekor kucing melintas menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.


‘‘Saya tidak memandu laju tetapi terkejut apabila lihat kucing tiba-tiba melintas lalu gagal mengawal stereng dan merempuh tembok sebuah jambatan.


‘‘Sebaik rempuhan itu berlaku saya pengsan seketika dan apabila sedar saya terhidu bau hangit seperti benda terbakar.


‘‘Saya berusaha sedaya upaya merangkak keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku terhadap tiga lagi rakan saya,’’ jelasnya.


Katanya, selepas berjaya keluar dari kereta tersebut dia pengsan sekali lagi dan tersedar apabila berada di HRPZ II.


Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 5.13 pagi.


Katanya, 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu tiba ke tempat kejadian beberapa minit selepas itu.


‘‘Ketika tiba kereta itu telah terbakar dan dua mangsa terperangkap di dalamnya manakala seorang lagi berada di bawah kenderaan tersebut.


‘‘Bomba memerlukan kira-kira 20 minit untuk memotong kereta yang telah hangus itu bagi mengeluarkan kesemua mangsa,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.


“ Mengakui merindui ibu dan ayahnya

 



 

Post a Comment

0 Comments