Hati-Hati Bila Nak Beli Rumah, Kena Selidik Keadaan Geografi Kawasan Rumah Yang Nak Dibeli

 


Sebelum memiliki rumah hari-hari berangan bilalah nak beli rumah dengan atas usaha sendiri, tapi bila dah beli tak sangka ujian apakah Allah sedang hantar pada diriku.


Kisah ini bukan hanya berlaku pada seorang individu akan tetapi ramai sedang hadapi masalah ini, baik di Kelantan mahupun di Kuala Lumpur sana semuanya Tengah menghadapi masalah sama iaitu banjir.


Beberapa kawasan di sekitar ibu negara serta Selangor pun mengalami banjir kilat termasuk kejadian tanah runtuh contohnya di Taman Melawati tempoh hari.


Sejak semalam lalu iklan jual rumah ini bertarikh 23 Julai 2025, Allah apa perasaan owner bank hanya lelong pada harga RM59 ribu, dah tentu hutang dengan bank masih ada RM100k++ lagi sebab harga rumah ini sekitar RM200k++ masa beli haritu.

Allah. air mata buat owner.

dulu beli hampir rm200k

sekarang lelong rm59k je.

harga makin jatuh.haritu rm66k.takde buyer so bank drop kan lagi harga.

terbeli area banjir.

di kelantan hati hati membeli.

elok pergi site visit,tanya tanya orang kampung kejiranan situ.

tanya at least 5 orang-10 orang kondisi disitu samada area banjir ke tak.

jangan main beli je.

ni kalau terlelong rm59k,hutang owner dengan bank masih ada rm100k+ lagi.

rumah sudah tiada hutang masih ada.

semoga urusan owner dipermudahkan.


Jadi lepas ini pastikan tinjau-tinjau dulu Kawasan rumah yang kita nak beli, tanya orang kampung ada masalah air ke, masalah banjir ke, masalah satelit ke, sebab semua ini akan menghantui kita esok apabila berlaku masalah ini.


So, owner ni rumah dah tiada, tapi hutang bank masih ada, semoga urusan owner dipermudahkan


Kredit: Facebook Ishaq Marazi

Post a Comment

0 Comments