Saranan Ulama Untuk Mengkaji SOP Masjid, Surau Kerana Tiada Keseimbangan Berbanding Di Luar

 


Mari kita sama-sama bertakwa kepada Allah dengan mengawasi diri dan keluarga kita daripada perbuatan keji dan maksiat, dan masa yang sama kita terus berdoa agar seluruh negara kita sentiasa dirahmati dan segala bentuk ancaman serta penularan wabak Covid19. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sabar ketika menempuh segala penyakit yang menimpa berdisiplin dengan sentiasa mematuhi SOP dan ambillah pengajaran di atas apa yang berlaku berhati-hati lah selalu walaupun kita sudah diberi kebebasan untuk bergerak, ini kerana negara masih memerangi wabak Covid19 demi keselamatan diri kita serta masyarakat keseluruhannya.


Selain itu kita mengharapkan supaya pihak yang berautoriti agama secepatnya mengkaji SOP yang dikenakan kepada masjid dan surau, kerana tidak ada keseimbangannya ketika mana kita bersembahyang masih lagi berjarak-rapat namun apabila kita hadir ke stadium lalu berapat-rapat kepada penjarakan sosial.



Ini sesuatu yang sangat malang kita rasa perlu dibahaskan dan perlu keluarkan keputusan dengan secepatnya dan kita mengharapkan pihak autoriti agama mempunyai tindakan  yang agresif membahas dan bermuzakarah tentang hal ini, sampai bilakah kita mahu bersembahyang seperti ini jarak-jarak. Bagi yang terkena dan terkesan dengan wabak ini janganlah mengambil jalan mudah dengan ambil kesempatan tentang wabak ini.


Kita mestilah berjiwa besar, bersabar dan kuatkan mental serta fizikal berasaskan keimanan mantap marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW kerana perintah Allah dalam firmannya: 


Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas nabi, hei orang-orang beriman selawat dan salam olehmu ke atas nabi Muhammad SAW.



Post a Comment

0 Comments