Dua Beradik Kemalangan, Ma.ut Rempuh Lori

 


Kuala Berang Terengganu Dua beradik ma.ut di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Pelandan - Cheting, di sini, 2.45 petang tadi.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata mangsa, Muhammad Haiqal Abdullah, 18, dan adiknya, Muhammad Izman Hamidi, 16, yang juga pelajar tingkatkan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Indera, di sini, ma.ut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar belakang lori.


Katanya, pemandu lori terbabit mengundurkan kenderaannya di bahu jalan dan dilanggar motosikal.


"Ketika mengundur, mangsa yang datang dari arah Cheting menghala ke Kampung Pelandan melanggar belakang lori berkenaan.


"Pemandu turun daripada kenderaan dan melihat mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak bernyawa," katanya menerusi kenyataan.


Mohd Adli berkata, mayat kedua-dua mangsa dari Kampung Cheting, Tersat, di sini, dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.


Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 








Post a Comment

0 Comments