(Foto) - Pemandu Mabuk Cedera Ringan, Staf Atau Peniaga Maut, Cedera Parah

 


Melaka - Sebuah kereta disyaki dipandu pemandu mabuk telah melanggar sekumpulan staf atau peniaga di sini semalam.


Beritu diceritakan oleh majikan kepada semua staff itu


"Semalam selepas tutup kedai, kesemua staf  TEKO Delights Klebang Melaka dilanggar oleh pemandu mabuk di persimpangan Trafik Light Klebang. 


Bapa kepada staf kami Mawar, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mawar pula patah kaki. Adik Mawar cedera. Haikal pula hatinya luka dan sesak nafas. Amirul dan Afiq cedera. Semuanya di Hospital. 






Malangnya si pemabuk cedera ringan! 


Saya minta kerajaan Malaysia ambillah tindakan tegas kepada si pemabuk ini. Nyawa mereka yang tidak bersalah, yang berhati-hati di jalan raya yang melayang. Si pemabuk wajib dihukum. Jangan bertangguh. Adili segera. 


Semua pekerja saya, motorsikal mereka remuk dan rosak. Kereta mawar jangan cerita. Hancur. 


Ya Allah sedih sgt. Semua mereka adalah pekerja saya yang terbaik. Allahu. Besar sungguh dugaan. 


Alfatihah untuk Arwah Abang Aim yang terkorban semalam. Mawar bertabahlah 

















Post a Comment

0 Comments