Ruhainies petik nama Chacha Maembong burukkan Bella

 



Nama Chacha Maembong turut terpalit dalam kontroversi yang membabitkan hantaran mesej Ruhanies kepada Alif Aziz. 


Lebih mengejutkan menurut Ruhainies, Chacha turut berkata "Bella punya cerita tu gempak sangat, hanya orang bodoh je percaya".



Akibat hantaran mesej tersebut, Chacha dihujani pelbagai kecaman netizen. 





Namun Chacha tidak berdiam diri dan memberikan penjelasan bahwa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Malahan beliau turut menghubungi Ruhainies dan menyuruh Ruhainies untuk membersihkan namanya. 


Chacha Whatsapp Ruhainies minta penjelasan


Enggan membiarkan kisah tidak tepat makin melarat, Chacha menghubungi Ruhainies untuk mendapatkan kepastian lanjut.


"Saya terus Whatsapp Ruhainies pasal nama saya viral tengah dipetik.


"Dia cuma reply; "babe, ni minah tu ambil phone Aliff".


"Saya tanya balik; 'Still kenapa nak mesej Aliff, petik nama i? Tambah 'bunga' lagi tu? Itu yang tak best tu.'


"Jawab Ruhainies; 'Itu adalah conversation between me dan Aliff, I tak tahu pula minah tu nak hacked handphone dia macam tu. You faham tak? Itukan benda lama yang kita jumpa, kita video call tu lepas kita cakap dengan Emma tu. Itu perbualan I dengan Aliff," demikian kata Ruhainies menerusi kiriman mesej suara kepada Chacha. 


Ruhainies di balai


Chacha kemudiannya cuba menelefon Ruhainies namun panggilannya tidak berjawab. Maklum pelakon itu, dia kini berada di balai dan meminta agar Chacha membiarkan perkara tersebut memandangkan Emma juga telah tampil memberikan kenyataan.


Chacha kemudiannya meminta Ruhainies agar membersihkan namanya daripada tuduhan liar netizen dan tidak mengaitkan namanya dengan kemelut yang sedang berlaku.


Tegas Chacha lagi, segala kisah yang melibatkan dirinya dalam konflik Ruhainies-Aliff-Bella itu tidak tepat sama sekali.


"Saya tak pernah pun contact, lepak atau nak tanya kisah mereka, saya dalam dunia saya.


"Bila video call sekejap itu saja dan buat conversation tidak betul dan bila saya Whatsapp nak kepastian dia tidak boleh jawab benda tu. Saya tak tahu nak cakap apa dah.


"Itu semua tak betul, saya harap semua faham apa yang saya nak sampaikan. Saya tak kacau tepi kain orang. Kalau tak percaya saya tak boleh buat apa. Itu saja kenyataan saya, sekian," tambahnya.


Baca juga:




Post a Comment

0 Comments