"Saya hanya bertanya bukan menyokong Ruhainies" - Emma Maembong



Berita hangat tersebar daripada mesej perbualan antara Ruhainies dan Alif Aziz sejak semalam. Nama Emma Maembong telah dipetik oleh Ruhainies dalam satu hantar mesej dengan Alif Aziz. 


Menurut Emma dia daripada petang tadi telah mendapat banyak mesej daripada orang ramai yang kononnya telah menyokong Ruhainies yang menjadi dalang keretakan rumah tangga antara Alif Aziz dan Bella Astillah. 






Emma tidak berdiam diri dan mengeluarkan sebuah kenyataan dalam bentuk video untuk menjelaskan hal sebenar. 


Emma berkata, beliau amat bersimpati apa yang berlaku terhadap Bella memandangkan dia juga bersuami dan amat memahami hati seorang isteri. 


Sambungnya, perkara tersebut berlaku apabila kru produksi mula bercerita hal yang viral antara Ruhainies, Alif Aziz dan Bella. Namun, Emma ada terdengar  perkara yang mengejutkan berkaitan dengan Bella. Lalu, Emma bertanya dengan Ruhainies apa yang sebenarnya berlaku dengan Bella. 


Menurutnya lagi,

Emma tak sanggup nak tanya Bella. Sebab Bella tengah ditimpa musibah takkan Emma nak tanya benda yang tak senonoh berkaitan dia kan? So Emma tanya Ruhainies perkara tersebut. Itu Saja. Selepas itu, benda tersebut viral di media sosial.



Selepas viral kisah Bella dengan Muaz dan Bella telah memberikan penjelasan. Saya berasa sangat kasihan dengan Bella. 


Emma turut mengakui, dia tersilap kerana bertanya dengan Ruhainies. Emma sebenarnya hanya meninginkan kepastian dengan apa yang dikatakan oleh kru produksi. 


Video:


Emma juga sudah berhubung dengan Bella dan memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. 


Kredit: Instagram Emma Maembong


Artikel berkaitan: 




Post a Comment

0 Comments