Nora Nafi Paksa Suami Cerai Isteri Pertama

 


"Astagfirulllahalazim... Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan dari saya," demikian jelas penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menafikan segala tuduhan dan fitnah yang tular di media sosial dimana dia dan suami, Dr Rushdi Ramli didakwa sudah berkahwin sejak dua tahun lalu dan juga dakwaan yang mengatakan meminta suaminya itu menceraikan isteri pertama.


Dalam pada itu suami Nora turut mengatakan perbuatan individu tersebut adalah untuk mencemar bama baiknya. 


"Saya Rushi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan (tular) pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dengan Nora. Ia adalah satu fitnah yang berniat jahat dan buruk.


"Allahu Akbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap individu-individu yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami," katanya.


Nora turut menyambung supaya individu tersebut menghentikan fitnah dan boleh bersemuka dengannya jika inginkan perhatian. 


"Bismilahirahmanirahim.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani.


Terima kasih buat semua yg saya hormati.


Perkahwinan tidak boleh dipaksa- paksa.

Begitu juga dgn perceraian.

Tidak ada seorang manusia pun yg berhak utk memaksa org lain bercerai tanpa sebab.

Itu dosa besar.

Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan utk beritahu pada semua utk mengelakkan fitnah.

Niat saya betul2 kerana Allah.

Tapi lain pula jadinya.

Bagitau salah, tak bagitau pun salah.


Sebagai seorang selebriti saya juga berhak utk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal2 kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan.

That's my privacy.


Sekiranya perbuatan saya salah disisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dariNya.

Dan biarlah para agamawan, aulia yg memberi nasihat pada saya.

In Shaa Allah.

Saya akan perbetulkan kesalahan saya.


Saya menyeru kpd individu yg sengaja ingin memburukkan kami, pls tampil bertemu muka.

Mungkin individu ini ada masalah, kita sama2 bantu.

Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yg tidak tepat & berasas ini???

Lagipun ini adalah hal kehidupan saya.

Kenapa gunakan social media & FAKE ACC utk sebarkan fitnah?

Alangkah baik kalau DM saya direct.

Whats your intention?

Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya.

Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya.

Itu adalah hak suami saya.

Hak mutlak seorang suami....tidak boleh dipaksa- paksa.

Saya serahkan pada Allah SWT" katanya.


Terdahulu sebuah portal berita melaporkan, Nora dikatakan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun.


Sebelum ini, Nora memaklumkan dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini. Perkahwinan itu sekali gus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments