"Sayang...Eh..! Tersasul Panggil Kamal Adli Sayang Dalam Live TV, Uqasha Tertunduk Malu

 



'Lagu Cinta Kita' sebuah rancangan realiti di TV3 sejak dari tahun 2019 lagi, kali ini rancangan itu sudah masuk ke musim 3 yang bermula bulan lalu. Menggandingkan host mantap iaitu Kamal Adli dan Ain Edruce sering kali buat audiences terhibur. Pun begitu pada tayangan Ahad lepas ada babak lucu di atas pentas. 


Persembahan Pembukaan Kamal Adli & Ain Edruce 


Permulaan dibuka dengan nyanyian bersama antara Kamal Adli dan Ain Edruce dengan lagu Indonesia berjudul 'Dia'. Nyanyian host ini juga boleh dikatakan mantap walaupun keduanya bukan penyanyi professional. Sedap la jugak! Kan.



'Saya tak cakap dengan awak sayang..eh' 


Semasa giliran Uqasha Senrose mula bicara siapa pun tak duga perkataan sayang terkeluar dari mulutnya memanggil Kamal Adli, terus tertunduk malu manakala Ain Edruce pula pandai mengawal keadaan dengan baik.




Sengaja Kamal Adli sambung "Auch auch lagi lagi" 


Rata-rata netizen terhibur mengatakan Kamal Adli sudah berbunga-bunga la tu, ada juga berseloroh 'i is jeles' kami single lagi tahu,.





Post a Comment

0 Comments