Senjata AI Mampu Lenyapkan Manusia Sekelip Mata

 


Washington - Pakar komputer Amerika Syarikat (AS) Professor Stuart Russel memberi amaran bahawa umat manusia boleh dilenyapkan dengan menggunakan senjata berteknologi kepintaran buatan (AI) seperti yang dipaparkan dalam filem sains fiksyen, Terminator, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Russel berkata, risiko yang dicetuskan oleh senjata atau mesin pembu.nuh yang dilengkapi teknologi AI adalah sangat besar sehinggakan beliau mahu senjata sedemikian diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.


Mesin pembu.nuh tersebut katanya, dilengkapi teknologi yang mampu mencari dan memus.nahkan sasaran tanpa belas kasihan.


"Sebuah helikopter mini dilengkapi teknologi AI yang boleh membawa ma.ut, mungkin hanya memiliki saiz sekecil tin pengilat kasut.


"Kira-kira 3 gram bahan letupan sudah cukup untuk membu.nuh seseorang dalam jarak dekat," katanya.


Russel menambah, satu kontena boleh menyimpan sehingga satu juta senjata ma.ut itu dan boleh digunakan secara serentak.


Kementerian Pertahanan AS melaburkan wang yang besar dalam pembangunan mesin pemusnah AI, namun katanya, senjata itu sentiasa menggunakan manusia bagi proses tembakan. 


Russel berkata, orang ramai mungkin perlu berasa bimbang dengan teknologi tersebut kerana senjata diperkatakan sejak enam atau tujuh tahun lalu kini sudah mula dihasilkan dan dijual.

Post a Comment

0 Comments